Sumbangan orang ramai dapat membantu anak yatim meneruskan pendidikan sehingga ke peringkat lebih tinggi dan berjaya. -Gambar hiasan AI
PENDEDAHAN seorang wanita mengenai sistem pengurusan kewangan membabitkan sebuah rumah anak yatim mengundang perhatian netizen.Malah rata-ratanya meluahkan rasa terkejut berikutan kenyataan yang dibuat itu seolah-olah bercanggah dengan tuduhan negatif yang sering muncul di media sosial membabitkan pusat jagaan seperti itu. Menurut wanita berkenaan, dia merupakan seorang anak yatim yang membesar di premis kebajikan itu selama tujuh tahun."Perkara yang buat aku bersyukur sangat-sangat semasa duduk dekat rumah anak yatim ialah sistem simpanan duit," ujarnya di Thread.Segelintir individu gemar mengadakan majlis berbuka puasa bersama anak yatim. -Gambar hiasan AIMengimbau kehidupan di rumah kebajikan tersebut, individu itu berkata saban tahun dia dan penghuni lain tidak ketinggalan menerima jemputan berbuka puasa dan sumbangan duit raya."Setiap tahun memang ada orang akan datang berbuka puasa dan kami juga pergi berbuka puasa di luar."Jadi kami akan dapat duit raya, tapi tak boleh bawa balik langsung," ujarnya berkongsi tentang peraturan yang telah ditetapkan pihak pengurusan rumah berkenaan.Malah sepanjang tempoh tujuh tahun menetap di situ, dia hanya dapat membawa pulang sekali sahaja duit raya.Bekas anak yatim dedah sistem simpanan duit di rumah kebajikan.Duit raya & sumbangan tak boleh bawa balik sesuka hati.Sepanjang tujuh tahun, hanya pernah pegang RM250.Semua wang dimasukkan ke akaun bank setiap pelajar.Kini ada hampir RM7,000, guna untuk daftar universiti.Ringkasan ini dijana oleh AI"Pernah bawa pulang sekali, itupun hanya RM250. Padahal setiap tahun dapat hampir RM1,000. Itu belum lagi hadiah kecemerlangan," kongsinya lagi.Situasi yang berlaku itu membuatkan ramai pihak tertanya-tanya mengenai duit sumbangan yang diterima anak yatim.Mendedahkan mengenainya, wanita ini menyatakan bahawa kesemua duit yang diperoleh sebenarnya dikreditkan ke dalam akaun setiap anak yatim."Masa awal-awal masuk (rumah anak yatim), mereka (pihak pengurusan) akan buka akaun bank.ARTIKEL BERKAITAN: Penghuni dedah sisi gelap rumah anak yatim, pemilik hidup mewah seleweng duit derma... Jual semula pakaian sumbangan!ARTIKEL BERKAITAN: Sejak kecil diasuh urus diri sendiri, bantu buat kerja rumah... Wanita kongsi liku-liku besarkan anak yatim, zuriat arwah kakak"Sesiapa yang berusia 18 tahun boleh keluarkan jika mahu sambung belajar, tapi kena tunjuk surat tawaran."Bagi yang tak sambung belajar, boleh buat surat tunjuk sebab sekiranya mahu keluarkan duit."Jika tidak mereka akan dapat apabila sudah berusia 21 tahun," ujarnya yang mempunyai simpanan tanpa sedar sebanyak hampir RM7,000.Malah katanya, duit tersebutlah yang digunakan untuk membeli barang keperluan ketika mendaftarkan diri di universiti.