suria

Akibat suruh suami gosok gigi sebelum tidur, wanita dimaki hamun tanpa belas ihsan... Paling kejam disuruh gugur kandungan!

Suami perlu lebih bertolak ansur ketika isteri sedang hamil. -Gambar hiasan AI

TEMPOH kehamilan yang sepatutnya menjadi momen untuk mencipta kebahagian bersama pasangan bertukar menjadi mimpi buruk bagi seorang bakal ibu.

Di Threads, wanita yang kini sedang hamil lebih enam bulan mendakwa teguran terhadap suami tentang hal remeh sering menjadi pencetus kepada pergaduhan besar dalam rumah tangga mereka.

"Kami bergaduh sebab saya minta suami gosok gigi sebelum tidur. Tapi dia baran sampai maki dengan kata-kata hinaan dan carutan," katanya memulakan luahan.

Wanita lebih sensitif ketika sedang hamil. -Gambar hiasan

Tambah wanita itu, tidak cukup dengan caci makian, si suami juga didakwa menyuruhnya menggugurkan kandungan tanpa alasan kukuh.

"Saya bergaduh teruk sampai dia cakap kena gugurkan anak dalam perut ni sebab bukan anak dia. Saya rasa tak bersedia nak ada anak berbapakan suami saya ni. Saya takut anak jadi kurang ajar dan biadab.

"Terikut perangai bapa dia. Saya cuba jalankan tanggungjawab sebagai isteri. Ikut nafsu dia yang hari-hari nak 'bersama'. Setiap kali balik kerja, dah kena masak. Habis masak, sebelum tidur dia nak 'bersama' lagi," katanya.

Menurut wanita itu, penghinaan dan kata-kata kasar yang diterima membuatkan dia semakin takut untuk meneruskan kehamilan.

Namun, dia sering dianggap berlebihan dan tidak mampu mengawal emosi setiap kali meluahkan perasaan kepada pasangan.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami lega dua makanan disaran jururawat bantu tingkat paras Hb isteri hamil

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya refund balik semua duit dia!” - Isteri hamil terasa hati suami ungkit pemberian nafkah, berkira tanggung kos anak bakal lahir

"Saya cuma minta dia jangan mencarut apabila marah sebab banyak lagi cara untuk tegur. Macam saya, kadang kalau terasa dengan dia saya pendam saja. Esok baru cari masa untuk cakap apa saya terasa.

"Apabila bercakap dengan orang luar bukan main baik. Dengan isteri sendiri, sampai menghina... tak ingat apa kebaikan yang bini buat untuk dia. 

"Kadang menangis apabila rasa baby tendang-tendang dan aktif dalam perut. Agaknya baby dapat rasa ke naluri saya yang tengah nak gugurkan dia. Saya buntu sangat," jelasnya lagi.

  • Kehamilan enam bulan bertukar duka apabila wanita ini sering dimaki suami.
  • Pertengkaran remeh berakhir dengan desakan menggugurkan kandungan.
  • Usaha menjalankan tanggungjawab isteri tidak dihargai.
  • Sikap suami yang panas baran membuatkan emosi mangsa tertekan.
  • Netizen tampil menasihatkan agar mangsa menjaga diri sendiri.

Luahan itu mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya menzahirkan kebimbangan terhadap keselamatan emosi wanita berkenaan serta masa depan anak yang bakal dilahirkan.

"Awak dah boleh mula cari dan kumpul duit. Cari rumah dan tinggal sendirian. Lagi lama awak dengan suami macam ni, lagi mental. Dia tak akan hargai apa awak buat.

"Sis, tinggalkan dia. Jangan hidup dengan dia. Orang macam dia tak akan sedar diuntung. Dia ni narsisis. Dia akan buat awak rasa bersalah. Dia tengah mendera mental awak," komen beberapa netizen.

Artikel Lain