Di sebalik bilik temu duga, setiap individu menyimpan kisah dan pengalaman yang berbeza. -Gambar hiasan AI
BAGI kebanyakan orang, sesi temu duga merupakan peluang keemasan untuk membina masa depan yang lebih baik. Namun bagi lelaki ini, pengalaman tersebut bertukar menjadi sebuah kenangan pahit yang cukup merobek jiwa dan sukar dilupakan sehingga ke hari ini. Mengimbas kembali peristiwa hitam tersebut, dia berkongsi kisah menghadiri sesi temuduga bagi jawatan yang ditawarkan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).Malangnya, latar belakang pendidikannya yang memiliki sijil dalam bidang kulinari dipandang serong, malah dilihat seolah-olah tidak layak untuk berkhidmat sebagai penjawat awam oleh penel penemuduga terbabit.Setiap individu akan melakukan persiapan teliti untuk menghadiri temuduga kerajaan. -Gambar hiasan AI"Eh, awak ada sijil kulinari... kenapa nak minta kerja gomen pula?" tanya penemuduga.Susulan pertanyaan tersebut, individu itu kemudian menjelaskan bahawa dia sekadar mahu mencuba nasib selain berharap memperoleh pekerjaan yang lebih stabil untuk masa depan.Namun, jawapan jujur yang diberikan itu nampaknya langsung tidak disenangi oleh panel penemuduga sehingga dia terpaksa menerima respons yang cukup menggores perasaan."Eh tak payah, awak pergi je minta kerja dekat hotel. Dah, anggap awak tak berjaya dalam bidang ni, boleh keluar," luahnya, mengulangi kata-kata tajam penemuduga berkenaan yang sehingga kini masih terpahat kemas dalam ingatannya.Lelaki hadir temuduga SPA walaupun memiliki sijil kulinari.Penemuduga persoal kenapa mahu kerja kerajaan.Dia diminta cari kerja hotel dan dianggap gagal dalam bidang sendiri.Keluar temuduga dalam keadaan sedih, ayah setia menunggu dengan senyuman.Dua minggu kemudian ayah meninggal dunia, momen itu kekal dalam ingatan.Ringkasan ini dijana oleh AIMenurut lelaki itu, dia melangkah keluar dari bilik temu duga dalam keadaan longlai dan sedih, sebelum terpandang wajah bapanya yang setia menunggu di luar dengan penuh harapan serta ukiran senyuman dari jauh.Apa yang lebih memilukan, dia yang ketika itu berusia 20 tahun terpaksa menanggung duka yang amat mendalam apabila selang dua minggu selepas kejadian tersebut, bapanya dijempul Ilahi.Tragedi itu sekali gus menjadikan momen hiba tersebut sebagai kenangan terakhir bersama si bapa yang sukar dipadamkan daripada memorinya."Aku keluar dalam keadaan sedih, turun bawah tengok ayah aku dah teruja dengan senyuman dari jauh. Tapi dua minggu kemudian ayah aku meninggal," luahnya pilu.ARTIKEL BERKAITAN: Gadis cantik ‘lenggang kangkung’ datang ‘interview’ kerja… Tak sempat cakap banyak penemu duga hambat balik!ARTIKEL BERKAITAN: 3 tahun cari kerja, pergi banyak temuduga... satu pun tak berjaya! Anak Selangor di Sarawak harap ada sinar di hujung jalanPerkongsian menyayat hati itu dibuat bagi menjawab hantaran seorang pelayar di Threads yang bertanyakan soalan mengenai 'ayat yang pernah hancurkan hati korang', dan ia ternyata menyentuh emosi rata-rata netizen.Selain menumpahkan rasa simpati, ramai yang menitipkan nasihat agar lelaki itu terus tabah dan menjadikan impian serta harapan arwah bapanya sebagai pembakar semangat untuk meneruskan kehidupan."Penemuduga tak sedar diri, dulu dia pun kena temuduga sebelum dapat kerja yang dijawat tu."Janganlah minta kerja kerajaan kalau tiada kabel sebab proses temuduga tu hanya untuk cukupkan syarat je."Kadang-kadang penemuduga ni berlagak sombong sebab mereka dah ada kerja jadi layan graduan macam tiada nilai," demikian reaksi netizen.