suria

Niat belanja keluarga guna gaji pertama bertukar trauma, bapa mengamuk anggap membazir... Kesan emosi membawa sampai besar

Elakkan daripada beremosi di hadapan rezeki. -Gambar hiasan AI

NIAT murni seorang adik meraikan gaji pertamanya bertukar detik hitam yang tidak akan dilupakan dan 'pembunuh' keseronokan itu adalah darah dagingnya sendiri.

Suasana ceria berkumpul bersama adik-beradik untuk menikmati juadah tersebut bagaimanapun berubah tegang apabila si ayah tiba-tiba mengamuk.

Cerita kakaknya, bukan ucapan tahniah atau terima kasih diterima sebaliknya si adik dimarahi kerana menganggap membazirkan wang.

Kata individu itu, pemberian ikhlas seorang adik untuk menggembirakan ahli keluarga menjadi trauma yang mendalam sehingga ke hari ini.

Kesan daripada dimarahi boleh meninggalkan memori hingga satu tempoh lama. -Gambar hiasan AI

"Selama kami membesar, tak pernah rasa makanan dari restoran itu sebab tidak mampu sebab tempat itu hanya untuk orang berduit sahaja.

"Tapi apabila manusia dipanggil ayah ini nampak kami makan, dia mengamuk gegar gempita bak halilintar marahkan adik.

"Ayah cakap membazir sebab harga sama dapat beli seekor ayam," ujar wanita itu dalam hantarannya di Threads.

Mengimbau insiden itu, mereka adik-beradik terus hilang selera untuk menjamah ayam goreng tersebut gara-gara terlalu sedih dengan sikap bapa.

ARTIKEL BERKAITAN: Guru sanggup belanja besar bawa 30 murid ke KFC... terpegun tengok sos keluar dari pam, tangan terketar pertama kali dapat makan

ARTIKEL BERKAITAN: Dapat duit upah tanam rumput, anak terus belanja ibu bapa KFC - “Dulu baru sebut nak makan terus mak marah’’

Apa lebih menyedihkan kata wanita itu, bapa tidak pernah membawa mereka sekeluarga makan di luar sebelum ini yang menambah luka pada hari kejadian.

Perkongsian menyayat hati itu mendapat simpati daripada warga maya yang menganggap bapa mereka sebagai seorang lelaki ego dan tidak berperikemanusiaan.

"Kasih awak adik-beradik. Seorang bapa jadi joykiller. Bukan guna duit dia pun!

"Mungkin ayah rasa tercabar sebab itu dia mengamuk! Dia rasa maruahnya dipijak-pijak sebab selama dia hidup, dia tak dapat bagi. Tiba-tiba anak dah boleh beli sendiri.

  • Adik beli ayam goreng guna gaji pertama, tapi dimarahi bapa kerana dianggap membazir.
  • Kegembiraan adik-beradik bertukar sedih hingga tak lalu makan.
  • Netizen simpati, ada yang kata bapa mungkin terasa tercabar.
  • Mereka membesar susah, jarang dapat makan makanan segera.
  • Kini mereka bersyukur dapat teruskan hidup bersama ibu tanpa bapa.

"Payahlah kalau dah miskin, ego dan berperangai buruk. Semoga awak semua tidak terikut-ikut perangainya," antara komen netizen.

Memberi respon kepada komen netizen, wanita itu memberitahu apa dikongsi itu sekadar memori lama dan kehidupan mereka adik-beradik sudah jauh berbeza.

Malah katanya, bapa mereka sudah lama tinggalkan keluarga manakala dia dan adik-beradik lain dibesarkan oleh ibu dengan upah menoreh getah. 

"Hilang dia, kami tak mencari pun. Kami bersyukur teruskan kehidpan tanpa seorang ayah. Hanya mak membesarkan kami dengan upah menoreh getah pokok milik tuan tanah," jelasnya.

Artikel Lain