BERMULA dengan hubungan cinta namun akhirnya ia bertukar menjadi mimpi ngeri.Seorang individu berkongsi kisah pahit apabila ahli keluarganya pernah dituduh merogol oleh bekas teman wanita sendiri, sekali gus mencetuskan tekanan besar kepada tertuduh.Insiden tersebut bukan sahaja mengejutkan keluarga, malah memberi tekanan besar kepada mereka yang terpaksa berdepan siasatan serta pandangan serong masyarakat.Terdapat kes rogol bermula dari suka sama suka. -Gambar hiasan "My siblings pernah kena (aniaya). Bekas teman wanita tuduh dia rogol," katanya sambil memaklumkan kes itu berlaku sekitar 2003.Namun selepas siasatan dijalankan, perkara sebenar terbongkar apabila tuduhan tersebut dipercayai mempunyai motif lain.ARTIKEL BERKAITAN: Suami dituduh rogol anak, berzina dengan mentua! Lelaki ini hidup sengsara turun naik mahkamah, malu wajah terpampang di mediaARTIKEL BERKAITAN: Wanita nikahi perogol demi jaga aib! Rasa tak adil nafsu buas suami ‘tertutup’ sebab mengaku terlanjur suka sama suka"Rupanya mak ayah perempuan tu nak duit je. Mereka nak guna buat kenduri kahwin kakak dia."Bayangkan dah macam sindiket sebab ramai-ramai berlakon depan polis," katanya lagi.Dia berkongsi kisah itu di ruangan komen status seorang wanita di Threads yang menceritakan pengalaman kerjanya di sebuah firma guaman berhubung pelbagai jenis kes rogol.Seorang individu mendakwa ahli keluarganya pernah berdepan tuduhan rogol yang akhirnya mempunyai motif lain.Perkongsian dibuat susulan pengalaman wanita bekerja di firma guaman mengendalikan kes rogol.Menurutnya, ada kes hubungan berlaku secara rela tetapi kemudian dilaporkan sebagai rogol.Wanita itu menjelaskan kes rogol melalui siasatan dan proses mahkamah yang ketat.Isu tersebut mencetuskan perbincangan hangat dalam kalangan netizen.Ringkasan ini dijana oleh AIKata wanita itu, pada awalnya dia mengakui berasa skeptikal terhadap tugas majikannya yang mempertahankan individu tertuduh dalam kes jenayah seksual.“Mula-mula saya tertanya-tanya, tergamak juga jadi peguam bela untuk mempertahankan perogol.“Selepas ikut dua atau tiga kes, baru saya faham. Ada juga kes di mana dakwaan rogol sebenarnya tidak berlaku seperti yang dilaporkan,” jelasnya.Menurutnya, terdapat situasi tertentu di mana hubungan berlaku secara suka sama suka, namun tuduhan rogol dibuat selepas hubungan itu diketahui keluarga atau apabila berlaku konflik peribadi antara pasangan.“Ada kes hubungan itu berlaku secara rela, tetapi apabila kantoi dengan keluarga atau hubungan cinta tidak menjadi, pihak wanita membuat laporan dan mendakwa dia adalah mangsa,” katanya.Tambahnya, proses perundangan bagi kes rogol sebenarnya sangat ketat kerana melibatkan siasatan polis, pemeriksaan hospital, pengumpulan bukti serta proses mahkamah yang panjang.