SETIAP ibu bapa pasti mahukan yang terbaik untuk anak-anaknya sehingga sanggup sehingga ada di antara mereka bersikap terlalu melindung atau protective.Ini termasuk mencampuri urusan peribadi mereka termasuk cara berpakaian, dengan siapa mereka berkawan, bermain atau keluar bersama. Sikap ini biasanya akan membuatkan rakan-rakan mereka akan mula menjauhkan diri seperti kisah dikongsikan wanita ini.Dia sendiri berang dengan tindakan jirannya yang bukan sahaja gemar masuk campur dalam urusan remeh temah membabitkan anak-anaknya malah turut memarahi kanak-kanak lain."Setiap kali anak lelakinya mengadu fasal ada anak jiran tak mahu berkawan, dia pergi marah budak-budak ini dan paksa mereka berkawan.Setiap kanak-kanak gemar menghabiskan waktu bersama pada waktu petang. -Gambar hiasan AI"Mereka tak mahu berkawan sebab anak dia lembik dan kuat mengadu, terkena bola sikit pun balik mengadu dekat bapa."Kena tegur pun balik mengadu dekat bapa, kemudian si bapa keluar rumah dan maki hamun budak-budak lain sampai trauma," luahnya di Threads.Menurut wanita ini, kemuncak kemarahannya berlaku apabila dia melihat anak buahnya hampir menjadi mangsa 'buli' jiran lelakinya itu.Ujarnya, kejadian bermula apabila anak jirannya itu menekan loceng rumahnya sebelum melarikan diri.Wanita bengang jiran terlalu campur tangan urusan anak bermain.Bapa didakwa paksa budak lain berkawan dengan anaknya.Kanak-kanak trauma selepas sering dimarahi dan dimaki.Situasi memuncak bila anak buah dipaksa minta maaf.Netizen setuju sikap terlalu memanjakan anak boleh jejaskan perkembangan.Ringkasan ini dijana oleh AI"Anak dia sentap dan balik mengadu, bapa dia pergi marah anak buah aku dan paksa masuk rumah dia untuk minta maaf."Katanya, anak dia merajuk dan berkurung dalam bilik," tambahnya yang geram melihat situasi anak buahnya dipaksa meminta maaf.Susulan daripada itu, dia menegur secara keras sikap lelaki terbabit yang sering 'memenagkan' anak sendiri."Aku jerit dari jauh tanya (anak buah) nak pergi mana, memang satu kampung dengar suara.ARTIKEL BERKAITAN: Bergema satu mall suara bapa tengking anak, pengunjung sebak tengok si kecil dimalukan - “Mommy, pakcik tu jahat”ARTIKEL BERKAITAN: Bapa kekal tenang layan cerita anak perempuan ada ‘crush’ di sekolah, langsung tak marah - “Takut dia rasa aku ni musuh”"Bapa budak tu terkulat-kulat masa aku 'sekolahkan' dia depan rumah," katanya lagi yang terus memberi amaran supaya anak buahnya dan jiran tidak lagi berkawan.Pada masa sama, dia turut menyelar sikap jirannya yang terlalu melindungi anak sehingga tidak membenarkan anak lelaki bermain lasak dengan rakan sebaya."Kalau rasa tak boleh kena usik sikit, kurung je dalam rumah, biarkan dia 'memondan' dalam bilik. "Nama pun main bola, terkena bola sikit tu biasalah. Kalau nak lembut sangat, suruh anak kau main masak-masak dengan budak perempuan," tegasnya lagi.Hantaran tersebut mendapat pelbagai reaksi netizen yang bersetuju sikap ibu bapa memanjakan anak secara keterlaluan (enabler) hanya akan merosakkan masa depan mereka.