suria

Rakan ‘ghaib’ lepas guna kad perubatan... Polisi ‘lapse’ sebab culas bayar, ejen terpaksa tanggung rekod buruk

Ejen takaful berdepan dengan pelbagai ragam pelanggan. -Gambar hiasan AI

EJEN menghilangkan diri selepas pelanggan membeli polisi insurans atau takaful adalah perkara biasa yang kita dengar.

Namun situasi sebaliknya dikongsikan oleh seorang ejen apabila dia menjadi mangsa pelanggan sendiri yang gagal meneruskan bayaran caruman selepas menerima manfaaf perlindungan.

Menurut ejen berkenaan, lebih mengecewakan perbuatan tersebut dilakukan oleh sendiri rakannya.

Ada pelanggan berhenti mencarum kerana tidak lagi berkemampuan. -Gambar hiasan AI

Ada pelanggan berhenti mencarum kerana tidak lagi berkemampuan. -Gambar hiasan AI

“Kawan aku sendiri ambil kad perubatan untuk anak dia. Baru dua bulan ambil, anak dia demam panas.

"Aku uruskan jaminan kemasukan hospital (GL) untuk warded. Alhamdulillah semuanya lepas,” katanya.

Namun, keadaan berubah apabila memasuki bulan keempat apabila pelanggan tersebut tiba-tiba berhenti membuat bayaran caruman tanpa sebarang penjelasan.

“Masuk bulan keempat, terus tak buat bayaran. Aku WhatsApp, dia tak balas. Telefon pun tak jawab.

ARTIKEL BERKAITAN: Rupanya ramai ‘tunggang’ ejen takaful demi nak makan minum percuma! Pesan macam-macam tapi berdalih nak beli polisi

ARTIKEL BERKAITAN: Dah ramai ejen takaful wanita terkena dengan Azlan! Konon minat ambil pakej tapi call mangsa sambil buat suara ghairah

"Aku hubungi isteri dia nak dapatkan kepastian, akhirnya polisi lapse. Baru bayar tiga bulan sahaja, sedangkan anak dia dah guna manfaat kad perubatan tu,” katanya.

Lebih mengecewakan, dia mendakwa kini telah disekat oleh pasangan tersebut sehingga menyukarkan sebarang komunikasi lanjut.

“Sekarang dia dan isteri pun dah block aku tapi rekod prestasi (PR) selama 24 bulan aku pula yang kena tanggung,” katanya.

Tambahnya, dia turut meluangkan masa menziarahi anak rakannya ketika dimasukkan ke hospital sebagai tanda prihatin malah membawa buah tangan.

  • Seorang ejen takaful kecewa apabila rakannya berhenti membayar caruman selepas anak menerima rawatan hospital.
  • Pelanggan gagal dihubungi sehingga polisi perlindungan akhirnya luput.
  • Ejen mendakwa turut disekat selepas cuba mendapatkan penjelasan.
  • Situasi itu menyebabkan rekod prestasinya terjejas selama 24 bulan.
  • Netizen menyifatkan tindakan pelanggan tidak adil selepas menikmati manfaat takaful.

Namun menurutnya, segala usaha dan layanan baik itu akhirnya tidak dihargai apabila pelanggan itu gagal meneruskan komitmen bayaran.

Sementara itu, netizen berpandangan tindakan pelanggan tersebut adalah zalim selepas menikmati manfaat caruman.

"Kesian pada pelanggan lain. Dia dah guna dana tabaru hasil sumbangan orang beribu, dia sumbang dua bulan je. Tak tahu ada niat nak menyumbang balik ke tak," komen warga maya.

Artikel Lain