suria

Dah ramai ejen takaful wanita terkena dengan Azlan! Konon minat ambil pakej tapi call mangsa sambil buat suara ghairah

Dakwa Erna, lelaki itu membuat suara ghairah ketika dihubungi berhubung pelan takaful yang ditawarkannya. (Gambar Hiasan)

KES gangguan seksual yang berlaku sudah tentu akan meninggalkan kesan emosi dan trauma ke atas mangsa.

Tidak terkecuali tentunya perunding takaful ini yang menjadi mangsa gangguan seksual menerusi panggilan telefon pada tahun lalu.

Dakwa Ernaini Mahfud, 30, lelaki yang menggunakan nama Azlan atau Lan itu menghantar mesej untuk bertanya mengenai pakej takaful sebelum membuat panggilan telefon tidak senonoh kepadanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Ajak ‘main tidur’ nak bayar RM200, penumpang trauma kenang gangguan seksual! Grab ambil tindakan terhadap pemandu

ARTIKEL BERKAITAN: Gadis bertudung bangga buat isyarat lucah, makin ditegur makin menjadi - “Sebab ini jari saya, so suka hatilah kan?”

"Kejadian ini berlaku pada Februari tahun lalu, ketika itu baru tiga bulan saya menyertai bidang kerjaya ini. Saya tak tahu dia dapat nombor saya dari mana, awalnya dia kata nak quotation, dia nak survey takaful. Awalnya OK saja dia WhatsApp.

"Dia perkenalkan diri, mendakwa dirinya kerja off-shore dan merupakan duda yang memiliki dua cahaya mata. Ada suatu hari, dia kata nak call jam 8 malam. Saya kata saya sibuk uruskan anak, esok saya akan call balik untuk terangkan mengenai quotation takaful.

erna1

Erna akui trauma dengan kejadian itu.

"Esoknya ketika dihubungi, dia buat suara pelik. Macam kemut-kemut, macam lelaki gila seks. Di tengah perbualan, saya tanya sama ada dia OK atau tidak, faham ke? Dia macam tengah buat sesuatu.

"Saya boleh dengar macam dia klimaks. Terus saya putuskan panggilan. Dia mesej kenapa putuskan panggilan telefon, saya kata tiada rangkaian. Kemudian saya terus block nombor dia," dakwa perunding takaful yang menetap di ibu negara itu.

Senang disapa Erna, ibu kepada seorang cahaya mata itu akui trauma dengan kejadian itu sehingga hampir berputus asa dalam lapangan kerjaya berkenaan.

Ingatkan saya seorang, rupa-rupanya ramai ejen perempuan yang kena dengannya. Dia dah buat dari tahun 2020.

ERNA

"Memang trauma. Dalam telefon pun boleh jadi mangsa. Disebabkan itu juga, setiap kali kena jumpa client lelaki, saya akan minta suami teman. Paling tidak pun, mesti jumpa di tempat terbuka. Elakkan jumpa client di rumah mereka.

"Disebabkan kejadian itu, saya pernah rasa nak berhenti kerja sebab terlalu takut. Tiba-tiba dapat call macam tu, terus rasa tiada motivasi. Saya tanya senior-senior, mereka kata memang lelaki seperti itu menjadikan perunding takaful wanita sebagai mangsa.

"Nasihat saya kepada perunding takaful yang lain, sila hati-hati. Mungkin Azlan guna cara call, orang lain mungkin akan 'pancing' ajak ke rumah. Kalau sempat, sila record bukti. Saya terpanggil berkongsi kisah ini untuk tingkatkan kesedaran orang ramai, supaya ejen-ejen lain berhati-hati," ujarnya.

Dalam pada itu, Erna turut menitipkan pesan kepada lelaki tersebut mahupun mana-mana pelaku gangguan seksual yang lain agar menghentikan perbuatan jijik mereka.

erna3

Selain Erna, beberapa perunding takaful lain mendakwa turut diganggu Azlan.

"Saya memang nak Azlan baca berita ini. Cuba bayangkan awak ada anak. Bayangkan mak awak yang kena gangguan begini. Cuba bayangkan kalau adik perempuan atau kakak sendiri yang kena?" ujarnya lagi.

Selain Erna, seorang lagi perunding takaful turut berkongsi kisah sama diganggu lelaki tersebut menerusi Facebook pada minggu lalu.

Susulan posting itu, beberapa perunding takaful yang lain turut membuka cerita dan mengadu diganggu lelaki sama.

"Ingatkan saya seorang, rupa-rupanya ramai ejen perempuan yang kena dengannya. Dia dah buat dari tahun 2020, dia memang sasarkan ejen perempuan.

"Taktik sama, tapi cerita berbeza. Dengan kawan saya, dia kata dia kerja ejen pelancongan. Dengan saya, dia kata kerja off-shore. Tapi dia akan contact untuk tanya mengenai takaful," dedahnya lagi.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain