suria

Asyik terserempak, lama-lama terpikat! Wanita akui risau nak beritahu mak ayah mahu nikah jejaka Mesir, guna cara video call

Pasangan sama cantik sama padan ini mendirikan rumah tangga pada Disember tahun lalu.

KALAU dah jodoh, pasti tak ke mana.

Begitulah kisah pertemuan wanita Malaysia ini dengan jejaka Mesir sehingga mereka mendirikan rumah tangga pada tanggal 26 Disember 2021.

Menurut Faziha Yunos, dia sudah lama berkenalan dengan pemuda itu, namun mereka hanya mula berkawan rapat sejak setahun lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Mula kahwin, sendawa pun jadi isu! Wanita ini tak impi nikah lelaki asing, segalanya berubah saat bertemu famili jejaka Iran

ARTIKEL BERKAITAN: Harungi banyak dugaan ketika bertunang, jurugambar Malaysia akhirnya nikah model Rusia

"Sebenarnya dia (suami) dah lama duduk Malaysia, dalam tujuh tahun macam tu. Dia sambung belajar di sini. Kebetulan kami berjiran dan menetap di kondominium yang sama di Cyberjaya.

"Banyak kali juga terserempak, termasuk di gim. Kiranya dah beberapa tahun kami kenal, tapi mula berkawan tahun lepas dan buat keputusan kahwin pada 26 Disember 2021," imbasnya yang senang disapa Aggie.

Menurut content creator yang juga pengusaha bisnes kosmetik itu, dia bersyukur apabila kedua-dua belah keluarga menerima keputusan mereka untuk mendirikan rumah tangga.

"Awal-awal dulu, memang tak boleh elak persepsi orang. Ada juga kenalan yang tanya, dah fikir masak-masak ke nak kahwin dengan orang luar? Tapi saya terima jodoh ketentuan Allah.

agiie 4

Aggie kini turut mendalami bahasa Arab untuk memudahkan komunikasi dengan keluarga suaminya.

"Bab keluarga pun saya risau juga. Kemudian kami sama-sama berbincang, bagaimana kami nak maklumkan hasrat untuk berkahwin kepada keluarga masing-masing.

"Jadi kami buat video call. Mula-mula dia video call kepada keluarganya maklumkan mengenai hal itu. Kemudian saya pun buat benda sama. Alhamdulillah, kedua-dua belah pihak boleh terima.

Dari segi bahasa, suami nak sangat belajar bahasa Melayu. Dia siap tulis nota. Saya pun ada belajar bahasa Arab sebab selalu video call dengan keluarganya.

AGGIE

"Sebenarnya pada Ogos tahun lepas dia dah balik ke Mesir. Kemudian dia datang semula ke Malaysia pada November untuk perkahwinan kami.

"Dengan kekangan pandemik, memang mencabar, banyak proses dia kena lalui untuk masuk ke sini. Namun, Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar, proses perkahwinan kami dipermudahkan," ujar Aggie.

Selain perbezaan bahasa, aspek budaya juga menjadi cabaran utama dalam perkahwinan pasangan ini.

Kata Aggie, dia dan suami seronok mendalami budaya baharu dan tidak menganggap ia sebagai penghalang untuk menjalani kehidupan bahagia.

aggie 5

Aggie dan suami merancang untuk beraya di Sarawak tahun ini.

"Budaya Malaysia dan Mesir sangat berbeza. Mereka tak ada budaya bersalam, mereka berpeluk dan cium pipi.

"Tapi kami sama-sama belajar budaya masing-masing. Dari segi bahasa, suami nak sangat belajar bahasa Melayu. Dia siap tulis nota. Saya pun ada belajar bahasa Arab sebab selalu video call dengan keluarganya.

"Makanan Melayu pun dia OK, cuma suami tak suka makanan berminyak. Dia pula buat part time sebagai jurulatih kecergasan, makanan memang kena jaga," ujar Aggie lagi.

Bakal meraikan kedatangan Ramadan dan Aidilfitri buat pertama kali sebagai suami isteri, Aggie akui teruja dan merancang untuk pulang beraya ke kampung halamannya di Sarawak.

aggie 3

Pasangan ini saling mendalami budaya masing-masing selepas mendirikan rumah tangga.

"Risau sebab sekarang kes Covid-19 tengah naik. Tapi kalau ikut rancangan, saya nak bawa suami balik meraikan Aidilfitri di Sarawak.

"Dulu zaman bujang, saya tak fikir sangat soal makanan. Sekarang, semua kena uruskan. Esok nak makan apa pun kena fikir. Saya teruja nak raya tahun ini.

"Jika tiada halangan, saya juga merancang untuk melawat keluarga suami di Mesir tidak lama lagi," kata Aggie.

Dalam pada itu, video-video sweet memaparkan Aggie dan suaminya yang dikongsi ke aplikasi TikTok turut meraih perhatian ramai.

Dedah Aggie, dia turut dihujani soalan-soalan berkaitan proses perkahwinan campur dan sebagainya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain