suria

Mula kahwin, sendawa pun jadi isu! Wanita ini tak impi nikah lelaki asing, segalanya berubah saat bertemu famili jejaka Iran - “Kalau sebab rupa, saya tak suggest”

Farah dan suami dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Tristan Soleiman Pour yang kini berusia dua tahun.

BENARLAH kata orang, jodoh pertemuan semuanya di tangan tuhan.

Begitulah kisah wanita Malaysia ini yang bertemu jodoh dengan jejaka Iran sehingga mereka mendirikan rumah tangga pada tahun 2017.

Menurut Farah Nur Izzati Shaifuddin, 31, dia tidak pernah memasang angan-angan untuk berkahwin dengan jejaka asing, namun menerima jodohnya dengan suami, Sasan Soleiman Pour, 32, dengan hati terbuka.

ARTIKEL BERKAITAN: Harungi banyak dugaan ketika bertunang, jurugambar Malaysia akhirnya nikah model Rusia - “Mencabar, macam-macam lelaki datang kat dia”

ARTIKEL BERKAITAN: Jumpa di stesen LRT, terus naik pelamin! Wanita ini tak sangka boleh ‘sangkut’ dengan abang mekanik dari Iraq - “Ramai tanya cara kahwin foreigner”

"Saya tak pernah terfikir nak kahwin dengan foreigner. Dulu saya suka lepak di Publika dengan kawan-kawan. Kebetulan suami saya pengurus di salah sebuah restoran yang kami suka kunjungi.

"Kami kawan biasa saja pada tahun 2016. Kebetulan keluarga suami datang ke Malaysia, dia bawa saya jumpa mereka. Bila bersembang, mak dia pun suka. Kemudian dia ajak kahwin.

"Kemudian saya maklumkan pada mak ayah. Mereka tanya juga pada mulanya, tapi selepas mak ayah dah jumpa dan semuanya OK, kami akhirnya berkahwin pada 29 Januari 2017," imbasnya kepada mStar.

Mesra disapa Farah, dia mendedahkan suaminya sudah lama berada di Malaysia dan kini bertugas sebagai pengurus besar di sebuah restoran di ibu negara.

farah2

Gelagat Tristan mencuri perhatian ramai di aplikasi TikTok.

Imbas Farah, perbezaan budaya menjadi cabaran utama antara mereka ketika fasa awal perkahwinan, beberapa tahun lalu.

"Suami dah lama kat Malaysia. Dia ada di sini sekitar enam tahun sebelum jumpa saya. Suami pun memang belajar di Malaysia. Keluarga dia juga suka datang ke Malaysia.

Ada yang mesej tanya dan minta nasihat saya. Mereka tanya mengenai perkahwinan campur dengan lelaki dari luar negara.

FARAH

"Perbezaan budaya jadi cabaran utama. Masa awal kahwin, saya tak tahu bahawa sendawa di hadapan suami dianggap tak elok dalam budaya mereka.

"Tapi lama kelamaan, kami sama-sama belajar budaya masing-masing. Saya pun pernah ke Iran untuk jumpa keluarga dia," ujarnya lagi.

Hasil perkahwinan itu, Farah dan suami dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Tristan Soleiman Pour yang kini berusia dua tahun.

Menetap di Kuala Lumpur, Farah juga sering berkongsi video mengenai anaknya di media sosial sehingga dia sekeluarga meraih perhatian ramai.

farah3

Farah kini sedang menanti masa untuk menimang cahaya mata kedua.

Ujar Farah, dia tak menyangka video memaparkan keletah anaknya itu akan mencuri hati ramai netizen sehingga meraih puluhan ribu tontonan di TikTok.

"Saya memang aktif kongsi video di Instagram, tapi di sana kebanyakannya hanya kenalan saja.

"Bila kongsi di TikTok, ada pelbagai jenis orang yang tengok. Tapi Alhamdulillah penerimaan semuanya OK," ujar Farah yang kini sedang hamil anak kedua.

Selain terhibur dengan kecomelan putera sulungnya, Farah turut menerima mesej daripada orang tempatan yang bertanya mengenai perkahwinan campur.

farah4

Kata Farah, perbezaan budaya menjadi cabaran utama ketika fasa awal perkahwinan mereka.

"Memang ada yang mesej tanya dan minta nasihat saya. Mereka tanya mengenai perkahwinan campur dengan lelaki dari luar negara.

"Pada saya, memang kita boleh cari jika mahu berkahwin dengan lelaki dari Iran atau Arab misalnya, tapi kena fikir masak-masak dulu.

"Sebabnya tak semua bernasib baik. Kalau sekadar kahwin untuk dapatkan baka baik atau sekadar pilih rupa, saya tak suggest la," ujarnya lagi.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain