suria

Anak peluk ibu tak mahu lepas selepas pulang buat kejutan, adik ipar ‘pening’ cari alasan minta mentua masak nasi lemak - “Kak Ya suruh tipu macam-macam”

Hasimah terkejut melihat anak perempuannya muncul setelah dua tahun terpisah.

'YA Allah, anak umi!"

Itulah reaksi seorang ibu yang sangat terkejut apabila melihat anaknya yang sudah lama tidak pulang ke kampung muncul di depan mata.

Rakaman video yang dimuat naik oleh seorang wanita menunjukkan dua beranak itu saling berpelukan dalam tempoh agak lama selepas terpisah akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

ARTIKEL BERKAITAN: Suami menangis dapat lepas rindu makan gulai ayam ala masakan ibu, hakikatnya isteri hanya masak guna rempah frozen tahun lepas

ARTIKEL BERKAITAN: Sedap sangat ke Kak Ja masak nasi lemak? Gerai belum buka, dah ramai sanggup beratur tunggu - “Dulu 3kg beras pun payah nak habis”

Bercakap kepada mStar, Norsaidatul Amira Che Mahadi, 25, berkata, idea untuk membuat kejutan itu timbul apabila kakak iparnya dipanggil Kak Ya mahu pulang ke kampung setelah dua tahun tidak pulang bertemu keluarga akibat pandemik Covid-19.

Norsaidatul Amira terpaksa menipu ibu mentuanya, Hasimah Muhammad yang berusia 55 tahun dengan memintanya memasak nasi lemak untuk seorang tetamu istimewa pada 15 Oktober lalu.

"Sebenarnya kami rancang prank biasa-biasa je, tapi last minute jadi 'besar' sebab tiba-tiba Kak Ya request nasi lemak umi pula.

"Kak Ya suruh tipu macam-macam la, asalkan dia dapat makan nasi lemak umi pada hari yang dia nak balik.

IMG_1209

Mya (tengah) merakam detik tersebut atas permintaan kakak iparnya.

"Jadi kami terpaksa tipu umi cakap kawan nak datang Kelantan untuk food hunting dan cari nasi lemak yang sedap.

"Suami kata dia recommend nasi lemak umi dan minta umi sediakan. Sehari sebelum Kak Ya balik, kami pun ke kedai cari bahan nak buat nasi lemak," katanya yang menetap di Kok Lanas, Kelantan.

Mesra disapa Mya, katanya, mereka betolak pada jam 10 pagi untuk ke rumah ibu mertuanya yang terletak hanya 10 minit dari rumahnya sendiri bersama Kak Ya dan suami serta anaknya.

Video kepulangan kakak iparnya yang berdurasi hampir dua minit itu setakat ini meraih lebih 20,000 tontonan di aplikasi TikTok.

"Kak Ya tumpang rumah kami masa malam dia sampai dari Subang ke Kelantan. Keesokan harinya kami sampai di rumah umi sementara dia tengah bersiap-siap.

IMG_1218

Kak Ya (kiri) sudah lama merindukan nasi lemak air tangan ibunya sendiri.

"Selepas umi keluar dari bilik, dia perasan budak kecil tu macam cucunya. Tapi sebenarnya memang cucu dia, cuma tak cam sangat sebab last jumpa masa baby lagi.

"Bila umi ternampak Kak Ya menyorok di sebalik langsir, terus dia menangis bersyukur tak terhingga sebab akhirnya dapat berjumpa.

"Waktu itu nasi lemak umi sudah terhidang dengan lauk ayam dan telur goreng," katanya yang merupakan seorang guru praktikal di Sekolah Menengah Kebangsaan Kok Lanas.

Ibu mentua kepada Mya merupakan seorang ibu tunggal dan kini menetap bersama anak sulung dan seorang cucunya.

Disebabkan tinggal berdekatan, boleh dikatakan hampir setiap hari dia menemani ibu mentuanya di rumah dan keluar bersama untuk membeli barang keperluan

"Umi tinggal dengan Abang Long dan seorang cucunya. Baru-baru ni, salah seorang daripada anak umi yang berada di Johor dapat pindah balik ke Kelantan.

Bagi yang sudah kehilangan ibu bapa, saya doakan agar mereka semua sentiasa dalam rahmat Allah dan diampunkan segala dosanya.

NORSAIDATUL AIMIRA

GURU PRAKTIKAL SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KOK LANAS

"Hanya Kak Ya sorang sahaja yang sudah lama berjauhan darinya. Kepulangan Kak Ya memang menjadi penantian buat umi sebab waktu awal-awal kerajaan umum dapat rentas negeri, dia kata tak dapat nak balik.

"Tapi umi reda sebab dia faham dengan keadaan sekarang, mungkin anak-anak ada kekangan dari segi kerja atau kewangan. Tapi Kak Ya cuba sedaya upaya untuk balik dan jumpa umi di kampung," ujarnya sambil menambah, Kak Ya bekerja dan menetap bersama keluarganya di Subang, Selangor.

Menurut anak kelahiran Terengganu ini, ramai yang terkesan disebabkan pandemik kerana terpaksa berjauhan daripada keluarga tersayang.

Mya berharap dengan kelonggaran yang telah diberikan oleh pihak kerajaan, kita semua menggunakan peluang ini sebaik mungkin untuk meluangkan masa bersama ibu bapa.

"Buat semua orang yang masih berada dalam kekangan kerja atau apa pun, bertahanlah. Akan tiba waktunya untuk awak semua.

IMG_1217

Hasimah (tudung hitam) gembira apabila anak-anaknya dapat pulang ke kampung halaman.

"Yang masih ada orang tuanya, saya doakan agar urusan awak semua dipermudahkan untuk pulang ke kampung berjumpa syurga-syurga awak semua.

"Bagi yang sudah kehilangan ibu bapa, saya doakan agar mereka semua sentiasa dalam rahmat Allah dan diampunkan segala dosanya," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain