suria

Gadis bertudung bangga buat isyarat lucah, makin ditegur makin menjadi - “Sebab ini jari saya, so suka hatilah kan?”

Salah seorang gadis yang berkongsi foto sedang mengangkat jari tengah di laman Twitter.

TINDAKAN beberapa gadis termasuklah yang berhijab memuatnaik foto sedang mengangkat jari tengah ternyata mengundang kecaman ramai.

Dikongsi secara terbuka di laman sosial, tindakan itu disifatkan netizen sebagai biadab dan mencemarkan maruah kaum hawa.

"Bertudung tapi kurang didikan agama," tulis @MNornanHakim_ sehingga menerima lebih 12,000 ulang kicau (Retweet).

ARTIKEL BERKAITAN: Gadis berhijab mengaku perangai gila-gila pertahan aksi lucah tunjuk jari tengah - “Ibu bapa dah bagi didikan sempurna, ni atas diri saya”

ARTIKEL BERKAITAN: “Nah middle finger untuk semua orang” - Gambar lama gadis bertudung bikin panas di Twitter, patutlah 2 kali akaun Twitter digantung!

Dalam posting itu, dia turut berkongsi foto beberapa gadis yang sedang mengangkat jari tengah.

Difahamkan, foto itu dikongsi sebagai respon sinis kepada satu teguran yang dibuat seorang individu yang kurang senang dengan mana-mana wanita yang melakukan isyarat lucah itu.

Menurut salah seorang gadis berkenaan, dia tidak kisah dengan tanggapan yang diberikan orang ramai terhadap apa yang dilakukannya.

Antara foto yang dikongsi di laman Twitter.

"Don't care, didn't ask.

"Sebab ini jari saya, so suka hatilah kan?" tulis gadis tersebut.

Menurut seorang pelayar Twitter pula, dia tertanya-tanya apakah yang cuba dibuktikan oleh gadis-gadis tersebut apabila mereka berkongsi foto sebegitu.

Sorry cakap tapi nampak jijik tau. Bukan jijik, tapi macam, entahlah.

PELAYAR TWITTER

Malah, perbuatan itu disifatkan seperti tindakan memberontak yang tidak kena tempat.

"Jenis yang makin ditegur makin melawan. Rebel terencat tak kena tempat," tulis @TheFunSizeGuy di Twitter miliknya.

Selepas dikongsi beberapa individu, tweet itu semakin mendapat perhatian dan terus dihujani pelbagai komen netizen.

Malah, ramai yang meluahkan rasa menyampah terhadap gadis yang bertindak sedemikian.

Foto dan video yang dikongsi beberapa gadis kemudiannya dimuat naik semula individu lain sehingga ia menjadi tular.

"Aku paling menyampah dengan perempuan spesis macam ni.

"Sudahlah bertudung, bangga pula tunjuk jari tengah.

"Sorry cakap tapi nampak jijik tau. Bukan jijik, tapi macam, entahlah. Dia macam kalau pandang tu, otak aku straight fikir perempuan ni tak senonoh.

"Saya saran kita tunjuk jari manis mana tahu ada yang sudi sarungkan cincin nikah one day," tulis seorang lagi individu secara berseloroh.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
jari tengah, gadis, berhijab

Artikel Lain