suria

“Ada mainan tak?” - Comel! Reaksi 3 beradik teruja berkenalan dengan abang jiran di lubang tembok raih setengah juta tontonan

Video melibatkan kanak-kanak ini menerima lebih setengah juta tontonan di Twitter.

KEHADIRAN seekor kucing menjadi titik mula kepada perkenalan jejaka ini dengan anak-anak jirannya.

Menurut Caden Harriss, 22, dia yang baru setahun berpindah ke kediamannya di Ampang, Selangor itu mula bertegur sapa dengan kumpulan adik beradik tersebut setiap kali kucingnya merayau ke rumah mereka.

Terbaharu, dia berkongsi video keterujaan kanak-kanak itu sewaktu mereka bertegur sapa di celahan pagar konkrit sehingga ia menjadi tular di laman Twitter.

ARTIKEL BERKAITAN: Riuh anak-anak jiran lepak depan rumah, tiba-tiba muncul budak viral jadi ‘cameo’ – “Saya bukan Abang Long kawasan tapi...”

ARTIKEL BERKAITAN: Anak bengang rumah mak jadi ‘tandas tetap’ kucing jiran, dulu dah buat hal curi air cuci sangkar - “Jangan melampau sangat”

Malah, video yang dikongsi oleh peniaga dalam talian itu sehingga kini menerima lebih setengah juta tontonan.

Mesra disapa Harriss, dia mengakui tidak kenal rapat dengan kanak-kanak berkenaan namun ibu bapa mereka sememangnya mengenali antara satu sama lain.

Harriss mula berjiran dengan kumpulan kanak-kanak itu sejak setahun yang lalu.

"Kenal tak kenal sangat. Ini rumah moyang dan nenek saya. Saya je baru duduk setahun di sini. Kanak-kanak tu ada dua orang kembar dan seorang adik dia.

"Saya mula bela seekor kucing sejak Hari Raya Aidilfitri hari tu, kucing tu diberi nama Syawal. Bila kucing masuk pagar jiran, budak-budak ni selalu panggil beritahu kucing datang.

"Sejak itu kami mula bertegur. Yang video saya kongsi tu dirakam masa hari Jumaat," ujarnya kepada mStar.

Ada orang komen, kata bahaya stranger bagi mainan pada kanak-kanak.

CADEN HARRIS

JIRAN

Menurut Harriss, dia juga ada memberikan hadiah patung Ultraman buat tiga kanak-kanak itu memandangkan dia sudah mengumpul koleksi adiwira berkenaan sejak berusia sembilan tahun.

"Masa berbual, mereka tanya saya ada mainan ke? Saya memang ada koleksi Ultraman dari kecil lagi. Dah lama simpan dalam stor.

"Saya fikir, why not bagi pada mereka. Nak buang sayang, nak bagi pada orang kita tak kenal pun sayang juga," katanya.

Harris turut memberitahu bahawa selepas viral, sepupu kanak-kanak berkenaan ada menegurnya di Twitter, selain menghantar gambar.

Foto tiga beradik itu yang dikongsi sendiri oleh sepupu mereka kepada Harriss.

"Dia cakap kalau jumpa nanti bolehlah tegur, tapi kami tak ada rezeki, tak berjumpa lagi," katanya.

Dalam pada itu, ada individu di Twitter yang memberikan komen mengenai bahaya kanak-kanak mendekati orang tidak dikenali sebagaimana dipaparkan dalam video berkenaan.

Kata Harriss, dia peka akan hal itu dan cuba memberi penjelasan sebaiknya agar tidak timbul sebarang kekeliruan.

Harriss menghadiahkan patung Ultraman kepada tiga anak jirannya.

"Ada orang komen, kata bahaya stranger bagi mainan pada kanak-kanak, dia fobia sebab adik dia pernah kena culik.

"Memang betul, tak elok kalau stranger bagi mainan dekat budak-budak. Tapi saya bercakap dengan mereka melalui pagar je.

"Bagi saya, tak ada masalah. Sebab mak ayah kami kenal antara satu sama lain," ujarnya yang menetap di Ampang, Selangor.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
Caden Harriss, kembar, permainan, kucing

Artikel Lain