Guru mengaji buat thumbs up sebelum ‘pergi’, sempat cat rumah nak sambut ‘orang datang’ - “Arwah banyak sebut takut tak sempat”

Muammar menghembuskan nafas terakhirnya kira-kira pukul 11 pagi Jumaat lalu.

MESKIPUN reda dengan pemergian adik tersayang, setiap detik terakhir bersamanya pasti akan dikenang sepanjang hayat sebagai pengubat rindu.

Apatah lagi setiap momen yang dirakam itu bagaikan sudah tersusun rapi sebelum Muammar Ashraf Ahmad Faizul, 21, menghembuskan nafas terakhirnya pada pagi Jumaat lalu.

Antara yang paling terkesan dengan pemergian Muammar, sudah tentu kakaknya, Solihatul Husna yang turut berkongsi momen terakhir bersama arwah di Instagram miliknya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Doktor cakap ‘esok’, dia nak hari tu juga” - Wanita diberitahu hidap kanser tahap 4 ketika hamil 8 bulan, nota rayuan kepada doktor undang hiba

ARTIKEL BERKAITAN: “Abang tak perlu apa-apa dah lepas ni” - Suami ‘pergi’ betul-betul selepas rasmi motor idaman, isteri kongsi detik ‘dating terakhir’

Menurut gadis berusia 22 tahun itu, dia amat rapat dengan arwah kerana jarak usia mereka begitu dekat.

"Ya kami rapat, beza umur setahun je. Amar 21, saya 22. Kami membesar sama-sama, main bola sepak sama-sama.

Husna (kiri) amat rapat dengan arwah adiknya.

"Sayangnya akak kat Ammar sejak kecil sampai tahap masa kecil dulu masa umur kita tadika, Ammar 5 tahun akak 6 tahun, akak solat pakai songkok sebab nak ikut Ammar.

"Lepas tu kena tazkirah dengan abah 'solat bagi perempuan kena tutup aurat, pakai telekung'. Setiakan kita. Sayang Ammar," luah anak kedua daripada sembilan beradik itu di Insta Storynya.

Jelas Solihatul Husna atau mesra disapa Husna, dia pernah mengharapkan keajaiban berlaku dan berazam untuk menjaga adiknya itu sehingga akhir hayatnya.

"Tiada apa yang lebih bernilai kalau nak dibandingkan Ammar dengan orang lain. Sayangnya kakak pada Ammar kalau Ammar nak tahukan, masa Ammar koma hari tu akak berharap sangat Ammar sembuh.

"Dan kakak sampai tahap sanggup tak nak kahwin demi jaga Ammar hingga akhir hayat akak. Sebab apa tau, sebab masa tu doktor ada beritahu Ammar sembuh sekali pun, Ammar takkan hidup normal macam dulu lagi dah," katanya.

Husna berkongsi luahan perasaan mengenai arwah di InstaStorynya.

Malah Husna turut mengimbau momen indah mereka bersama dua hari sebelum adiknya ditimpa kemalangan.

"Dua hari sebelum Ammar kemalangan Ammar sempat masuk bilik akak pukul 1 pagi ketuk pintu paksa buka pintu.

"Ammar bawa segelas kopi, duduk dalam bilik akak ajak borak-borak. Lepas tu Ammar pesan pada Warda... 'Wada, tengok-tengokkan kakak tau'," katanya mengimbau momen sedih itu.

Tambahnya lagi, adiknya turut membuat permintaan untuk meraikan hari lahirnya sebulan lebih awal.

"Sepatutnya birthday dia 7 Ogos depan tapi dia minta celebrate awal sehari sebelum kemalangan sebab 'macam tidak sempat' katanya.

"Kami tak terfikir apa-apa pun masa tu dan tunaikan saja permintaan tersebut. Tapi sejak dia meninggal dunia barulah kami perasaan arwah banyak sebut 'takut tak sempat'," katanya.

Gambar kenangan Muammar semasa sambutan hari lahirnya pada 6 Julai lalu.

Husna berkata arwah juga menunjukkan berapa perubahan ketara sebelum pemergiaannya.

"Dia juga sempat cantikkan rumah seminggu sebelum pergi atas alasan 'Ammar nak cat rumah ni, nanti orang datang rumah ummi dan abah cantik sikit'.

"Allahuakbar apa yang saya perasan, dia suruh saya tangkap gambar dan record video dia mengecat tu banyak-banyak.

Sepatutnya birthday dia 7 Ogos depan tapi dia minta celebrate awal sehari sebelum kemalangan sebab 'macam tidak sempat' katanya.

SOLIHATUL HUSNA AHMAD FAIZUL

Kakak

"Saya bergurau 'eh engkau gambar bagai, handphone pun tak ada, nak send kat mana'. Kemudian dia gelak dan senyum 'simpan buat kenangan'," katanya.

Walaupun pemergian Muammar satu kehilangan besar kepada mereka sekeluarga, Husna bersyukur kerana urusan pengebumian adiknya itu dipermudahkan.

"Sejujurnya walaupun sedih tapi hati saya gembira kerana arwah adik saya meninggalkan kami semua pada hari Jumaat, penghulu segala hari, bukan senang nak dapat... Allahuakbar.

Muammar turut meminta Husna merakam momen dia mengecat rumah mereka seminggu sebelum pergi buat selama-lamanya.

"Dan apa yang paling saya banggakan dan terharu sepanjang PKP ni adik saya kerap bangun siap berjubah dan berkopiah untuk solat malam. Saya bangga.

"Dia memang adik yang baik. Semua orang sayang dia. Dan saya juga bangga terlalu banyak dia lunaskan khidmat bakti terhadap bonda dan ayah saya," katanya yang masih teringat adiknya sempat menunjukkan isyarat thumbs up sambil tersenyum kepada dia dan ibunya dalam keadaan lemah terbaring.

Anak ketiga daripada sembilan beradik itu terlibat kemalangan semasa dalam perjalanan menuju ke tempat dia berkhidmat sebagai guru mengaji dan asas pengajian agama sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Cenderawasih, Kuantan pada 7 Julai lalu.

Motosikal ditunggangi Muammar bertembung dengan sebuah kenderaan hingga menyebabkan bahunya patah dan kecederaan parah di kepala.

Impak kemalangan itu, dia koma selama dua hari selepas menjalani pembedahan membuang pendarahan di kepalanya.

Namun doktor mengesahkan peluangnya untuk hidup tipis kerana otaknya tidak berfungsi dan dia perlahan-lahan menghembuskan nafas terakhir sebelum mesin pernafasan dimatikan pada pukul 11 pagi Jumaat lalu.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Klik

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Artikel Lain