suria

Umur belum 30 tahun tapi dah 5 kali hamil! Suami ‘selfish’ sanggah nasihat ikat rahim, rela isteri jadi ‘kilang anak’ walau berisiko maut

Wanita yang bersalin secara pembedahan caesarean lebih daripada tiga kali terdedah kepada risiko kematian.

PROSES melahirkan bayi yang dikandung selama sembilan bulan merupakan detik paling bermakna dalam diari kehidupan wanita.

Namun setiap wanita mempunyai pengalaman yang berbeza saat melahirkan bayi mereka.

Ada yang bersalin secara normal dan ada juga menerusi kaedah pembedahan demi keselamatan diri serta bayi.

ARTIKEL BERKAITAN: “Doktor tarik uri terputus, bermulalah episod saya kena korek hidup-hidup” - Tragedi 6 tahun lalu berulang, ibu derita hilang seorang lagi bayi

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita dedah detik cemas bersalin di wad ‘asing’, doktor anggap berlaku keajaiban - “Darah keluar macam air terjun”

Namun tindakan seorang suami yang sanggup membahayakan nyawa isterinya dengan menolak saranan doktor agar rahim isterinya itu diikat selepas bersalin anak kelima mereka mengundang kemarahan netizen.

Kisah yang dikongsi di Facebook Public Health Malaysia itu mendapat hampir 1,000 komen dan 4,500 perkongsian di platform media sosial itu.



Posting di Facebook Public Health Malaysia mendapat pelbagai respons di kalangan netizen.

"Sedih. Itulah yang dapat kami gambarkan selepas mendengar satu kes yang diceritakan oleh seorang doktor mengenai seorang suami yang membahayakan nyawa isteri dengan tidak mengikut saranan doktor.

"Isteri tersebut masih muda. Umur tidak sampai 30 tahun. Tapi telah mengandung sebanyak lima kali. Sejarah mengandung pula sangat rapat dan tiga kali pernah bersalin secara pembedahan caesarean.

"Pernah juga ada komplikasi rahim pecah pada kandungan kedua. Untuk bersalin kali ini, doktor akan jalankan pembedahan menegak berbanding c-section (di bahagian ari-ari)," katanya.

Pakar berpendapat, tiga kali adalah jumlah maksima pembedahan caesarean. Selepas itu, ibu disarankan untuk ikat tali rahim.

PUBLIC HEALTH MALAYSIA

Menurut perkongsian tersebut, pembedahan secara menegak itu bukan isu terbesar tetapi perhatian lebih tertumpu kepada rahim wanita itu yang terpaksa diikat.

"Ini kerana jika isteri mengandung kali keenam, ianya akan membahayakan nyawa isteri dan anak di dalam kandungan.

"Cadangan doktor pakar tersebut disanggah dan ditolak mentah-mentah.



Ramai kecewa dengan sikap tidak bertanggungjawab suami kepada wanita tersebut.

"Si suami telah dikaunseling banyak kali namun masih tidak mahu menerima cadangan doktor tersebut. Katanya 'jihad agama'," demikian menurut posting tersebut.

Lebih menyedihkan, si suami turut meminta hanya doktor perempuan saja yang merawat isterinya dan tidak mahu memberikan suntikan vaksin kepada anaknya itu.

"Bersalin secara pembedahan adalah sangat berisiko. Lebih banyak bersalin secara pembedahan lebih tinggi risiko kepada ibu dan bayi.

"Pakar berpendapat, tiga kali adalah jumlah maksima pembedahan caesarean. Selepas itu, ibu disarankan untuk ikat tali rahim," katanya.

Susulan kes itu, doktor mendedahkan risiko kematian ibu dan anak jika si isteri bersalin sekali lagi selepas ini amat tinggi.

"Ibu masih muda. Anak pun masih kecil. Jika mengandung boleh menyebabkan risiko kehilangan nyawa ibu. Hukum mengikat rahim isteri telah jatuh daripada haram kepada harus.



Wanita tersebut sudah mengandung lima kali dan bersalin secara pembedahan caesarean sebanyak tiga kali.

"Rujuk pada doktor dan juga pakar agama di pejabat agama jika anda musykil tentang perkara ini. Adakah kita perlukan satu undang-undang bagi melindungi wanita di luar sana?" tulis posting tersebut.

Rata-rata netizen berpendapat perlu ada satu akta untuk melindungi wanita berkaitan perkara tersebut.

"Memang perlukan akta untuk melindungi wanita. Bukan semua isteri berani nak bersuara, reda katanya. Dibangkang nanti kata derhaka pada suami, menolak rezeki dan lain-lain," kata Joe Sumi.

"Ini suami dia betul-betul tiada hati perut, tiada belas kasihan. Dia anggap isterinya kilang anak. Suami yang baik dia utamakan kesihatan dan yang terbaik untuk isterinya," kata Ainny.

"Kalau isteri dan anak dia mati, mesti akan keluar ayat ‘dah takdir Allah nak buat macam mana’. Gitu... muak aku dengan penunggang agama nilah," kata seorang lagi netizen.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain