Nampak couple gaduh tepi jalan, pemuda ini jerit bagi nasihat dari dalam kereta... mesej diterimanya jawab persoalan - “Sekarang saya lebih selesa single”

Lutfi berkongsi pengalamannya merakamkan video sepasang kekasih di tepi jalan. Foto ihsan Muhammad Lutfi Hakim Abdul Karim

PASANGAN bercinta bergaduh di tempat awam mungkin bukan perkara baharu, tetapi sebuah video yang tular mengenai 'drama' dua kekasih mengundang lucu.

Menerusi video berdurasi sembilan saat yang dikongsi di laman Twitter, seorang pemuda yang sedang memandu kereta sempat merakamkan aksi satu pasangan di tepi jalan.

"Jangan gaduh, nanti jadi single macam aku!" jeritnya, sehingga video tersebut diulang kicau lebih 13,000 kali dan mendapat lebih 200,000 tontonan.

ARTIKEL BERKAITAN: Paling jijik! Wanita ini selamba 'sound' aunty berak tepi jalan, sampai sekarang rasa nak muntah - "Saya nampak dia gunakan tisu untuk lap"

ARTIKEL BERKAITAN: "Kawan tukang jerit, saya tukang tutup" - Tetamu, pintu uji kesabaran, dua rakan sebilik guna botol selesai masalah

Pemuda berkenaan, Muhammad Lutfi Hakim Abdul Karim berkata, 'drama' itu berlaku pada minggu lalu ketika dia dalam perjalanan dari lokasi kerja luar ke pejabatnya di Kajang, Selangor.



Perkongsian Lutfi di laman Twitter menjadi perhatian.

Lebih mesra disapa Lutfi, dia memberitahu rakaman tersebut dibuat secara spontan selepas dua kali melalui jalan yang sama.

"Balik dari site, saya nak balik ke pejabat untuk ambil barang. Nampak ada satu couple ni dengan muka masing-masing macam masam kat tepi jalan.

"Bila saya nak pergi hantar kereta ke tempat parkir kereta syarikat, mereka masih ada lagi dengan muka masam. Jadi saya rakam secara spontan," kata pemuda berusia 21 tahun itu kepada mStar.



Kejadian yang dirakamkan secara spontan.

Lutfi bagaimanapun menjelaskan jeritannya itu bukan untuk menengking atau dalam keadaan marah tetapi mahu menasihatkan pasangan tersebut supaya tidak bermasam muka.

"Saya rakam ketika memandu, apa yang boleh saya buat adalah menjerit dari jauh. Kalau saya berhenti dan tegur depan-depan, takut saya yang kena marah pula.

"Niat saya hanya mahu mereka berbincang secara baik walaupun ada perselisihan faham. Bahaya juga kalau bergaduh di tepi jalan sebab emosi masing-masing tak stabil," ujarnya.



Mesej yang diterima Lutfi daripada seorang individu yang mendakwa dirinya adalah lelaki dalam video.

Susulan perkongsiannya menjadi tular, pemuda dari Jasin, Melaka itu mendedahkan menerima mesej daripada seorang individu, yang mendakwa dirinya adalah lelaki di dalam video tersebut.

"Terkejut juga sebab video dirakam semasa kereta bergerak dengan pantas, tak nampak wajah kedua-dua mereka dan tiada tanda pengenalan pada lokasi kejadian.

Niat saya hanya mahu mereka berbincang secara baik. Bahaya juga kalau bergaduh di tepi jalan sebab emosi masing-masing tak stabil.

MUHAMMAD LUTFI HAKIM ABDUL KARIM

"Tapi saya percaya apabila dia beritahu maklumat lokasi sebenar dan waktu kejadian. Dia kata tak ada apa-apa yang serius dengan teman wanitanya, mereka hanya gurau-gurau masa tu.

"Saya pun tak mahu tanya lebih sebab itu urusan mereka. Asalkan mereka baik-baik dan tak bergaduh okaylah," kata anak kedua daripada tiga beradik itu.



Lutfi masih bujang selepas kegagalan perhubungan pertama sebelum ini.

Mengakui masih bujang selepas kegagalan dalam hubungan pertama beberapa tahun lalu, Lutfi yang merupakan lepas Diploma Rangkaian di Kolej Vokasional Datuk Seri Abu Zahar di Jasin berkata, insiden melibatkan pasangan kekasih itu tidak membuatnya untuk serik bercinta lagi.

"Saya dah move on pun. Tapi saya lebih selesa jadi single buat masa sekarang, nak fokus pada kerja dan keluarga.

"Lagipun saya nak sambung belajar, ada temuduga dengan pihak universiti pada minggu ini dan doakan semoga urusan saya dipermudahkan.

"Tapi kalau ada girlfriend apa salahnya. Harapnya yang jenis 'sekepala' dan bertolak ansur. Tak mahulah nanti kalau tak ngam, bergaduh kat tepi jalan hahaha," katanya secara berseloroh.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!
jerit, couple, gaduh, single, drama

Artikel Berkaitan

Klik

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Artikel Lain