suria

Kasihan si suami... isteri tetap tergilakan ex-bf walau dilayan bak puteri, tak kisah langgar taklik - “Nak minum-minum je dia kata”

Seorang lelaki meluahkan rasa sedih kerana isterinya cuba berhubung kembali dengan bekas kekasih sehingga sanggup membelakangkan dirinya. -Gambar hiasan

SUAMI mana yang tidak cemburu apabila mengetahui isterinya berhubung dengan lelaki lain.

Jika berstatus teman rapat sekali pun, bohonglah sekiranya tidak terbit perasaan cemburu ataupun 'insecure' di dalam hati si suami.

Perasaan cemburu pasti berlipat kali ganda apabila mengetahui isteri tersayang bertemu dengan bekas kekasih lamanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Baru 2 tahun kahwin, suami kantoi curang hampir 10 kali – “Dia masih main Tinder, WeChat... saya lari balik kampung”

ARTIKEL BERKAITAN: “Terlalu harap untuk lekat” - Wanita mengaku sedih setiap kali datang haid, benci lihat semua perkongsian tentang kehamilan

Itulah yang berlaku kepada seorang lelaki sebagaimana kisah yang dikongsikannya menerusi laman Kisah Rumah Tangga.

Menurut lelaki berkenaan, masalah rumah tangga yang dihadapinya bermula apabila isterinya menyuarakan hasrat untuk bertemu dengan bekas kekasih sewaktu ditugaskan bekerja di luar kawasan (outstation).



Seorang suami berkongsi masalahnya dalam laman Facebook Kisah Rumah Tangga.

"Wife aku kena outstation kat negeri ex-boyfriend dia kerja. Dia minta izin aku nak jumpa lagi bekas kekasih dia. Nak minum-minum je dia kata," tulis pelayar berkenaan.

Ujarnya, dia agak keberatan untuk 'menunaikan' permintaan isterinya itu kerana rumah tangga mereka pernah berantakan sebelum ini gara-gara isterinya bertemu dengan bekas kekasih yang sama, tiga tahun lalu.

"Aku dah banyak kali cakap dengan wife aku yang dia kena reda. Jodoh ketentuan Tuhan. Tuhan dah tetapkan aku jodoh dia tapi kenapa susah sangat dia nak terima.

"Aku tak faham kenapa wife aku nak cari penyakit. Orang tu dah ada isteri. Kerja biasa je. Sanggup pula dia nak jadi isteri kedua. Pinjam duit wife aku pun tak bayar lagi," luahnya.

Menurut lelaki ini lagi, sepanjang 15 tahun hidup bersama, dia sedaya upaya melayan isterinya dengan baik malah ringan tulang untuk membantu melakukan kerja rumah yang lain.



Pelayar ini terkilan kerana isterinya terlalu teruja mahu bertemu bekas teman lelaki hingga sanggup melanggar taklik.

"Aku ni since kahwin cuba bagi dia segalanya sebab aku memang sayang gila dekat dia. Aku berjawatan, aku setia, kerja rumah semua aku buat. Baju dia aku ironkan, setiap pagi aku letak siap baju dah bergosok atas katil. Dia tinggal pakai je..

"Sebab memang dari awal kahwin aku layan wife aku umpama puteri raja. Part masak je aku fail. Aku tak tahu nak cakap macam mana lagi," tulisnya.

Bercerita lebih lanjut, pelayar lelaki itu berkata dia kini berada di dalam dilema memandangkan isterinya melancarkan 'mogok' sebagai tanda protes selepas dia melarangnya bertemu dengan bekas kekasihnya itu.



Lelaki ini tidak mahu perkahwinan yang dibina selama 15 tahun hancur di tengah jalan gara-gara orang ketiga.

"Sekarang ni dia tengah merajuk sebab aku bagi taklik kat dia. Kalau dia jumpa juga dengan ex-boyfriend dia tu jatuh talak dan anak semua aku ambil.

"Siap cakap dia tak peduli taklik aku tu... nak pergi jugak jumpa ex-boyfriend dia. Stress aku min! Apalah lagi aku nak kena buat nak bagi dia cuma ingat aku je.

"Susah sangat ke dia nak lupakan ex-boyfriend dia tu. Kesiannya anak-anak kalau kami terpaksa berpisah," tulisnya meminta pandangan netizen lain.

Perkongsian tersebut mengundang ribuan komen netizen dengan rata-ratanya menyuaarakan rasa simpati kepada lelaki berkenaan.

Tidak kurang juga ramai yang menyokong dan memberikan nasihat agar lelaki tersebut bertegas dengan isteri.



Antara komen netizen terhadap perkongsian lelaki berkenaan.

"Encik dah buat yang terbaik untuk rumahtangga. Memang patut buat taklik sebab kedegilan dia jadi berserah kepada Allah. Jika dia langgar taklik anggaplah ada jodoh yang lebih baik menanti," tulis seorang netizen.

Namun ada yang menasihatinya agar cuba mendapatkan rawatan kerana dibimbangi mereka terkena sihir pemisah.

"Buat apa disimpan lagi orang seperti itu. Kalau dia fikir dia isteri orang dan seorang ibu, dia tak akan buat macam tu. Tapi tak tahu la kot-kot terkena buatan ex-boyfriend. Jadi carilah jalan terbaik," komen seorang lagi netizen.

Sehingga kini posting itu meraih 229 shares.



Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
kekasih, setia, ringan tulang, reda, jodoh, curang

Artikel Lain