“Patutlah asyik ada orang memandang” - Ramai teruja lihat Shah Rukh Khan Malaysia layan durian, edit atau betul?

Antara foto yang dikongsi Fendi menerusi Facebook miliknya.

"SAMA tapi tak serupa."

Mungkin itulah kata-kata yang sesuai untuk menggambarkan foto seorang lelaki dikenali sebagai Fendi Ismail yang dikatakan mirip aktor Bollywood, Shah Rukh Khan.

Menurut lelaki dari Temerloh, Pahang itu, ramai yang keliru melihat foto itu dan memberi komen matanya turut kelihatan sama seperti aktor popular itu.

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Dua Lipa Malaysia’ dikecam kongsi foto glow up 2019... tudung ‘hilang’ - “Saya memang selalu dibenci, ada yang panggil pelacur”

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Kembar’ Billie Eilish tak melatah dicop perasan, dedah kisah di sebalik pemakaian baju besar - “Bagi saya kami tak sama langsung”

"Ramai pula keliru, kata mata saya macam Shah Rukh Khan. Patutlah asyik ada orang memandang je. Seram rasa.

"Terima kasih yang belanja durian petang ni," ujarnya menerusi posting di Facebook.

Dua foto terbaharu yang dikongsi itu turut mengundang perhatian ramai sehingga dikongsi lebih 1,400 kali.

Antara foto yang dikongsi di Facebook.

Bukan sahaja di Facebook, foto jejaka itu turut ditularkan di laman Twitter oleh seorang individu.

Selain dihujani pujian, ada juga netizen yang beranggapan bahawa ia merupakan foto suntingan semata-mata.

Ramai pula keliru, kata mata saya macam Shah Rukh Khan.

FENDI ISMAIL

Malah, tinjauan foto-foto lama di Facebook miliknya juga menunjukkan dia kelihatan jauh berbeza dengan aktor itu, sekali gus menguatkan dakwaan bahawa foto tular berkenaan telah disunting.

Menurut seorang individu pula, Fendi sememangnya kelihatan sama dengan Shah Rukh Khan di dalam gambar, namun wajah sebenarnya tidaklah begitu mirip pelakon itu.

Foto Fendi yang dikongsi sebelum ini berbeza dengan Shah Rukh Khan sekali gus timbul dakwaan bahawa foto tular itu merupakan hasil suntingan sahaja.

"Orang cakap dalam gambar sama. Depan-depan lain sikit. Tak tahulah," kata seorang lelaki.

Selain Shah Rukh Khan, ada netizen di Twitter turut menyamakan wajah Fendi dengan penyanyi tempatan, Kucaimars.

"Sekali imbas macam Shah Rukh Khan, dua kali imbas macam Kucaimars.

Aktor Bollywood, Shah Rukh Khan.

"Sekali imbas memang macam Shah Rukh Khan. Terkejut ingatkan dia datang Malaysia layan durian.

"Ni mesti mak dia mengandung dulu suka tengok Shah Rukh khan tu lekat copy paste," tulis beberapa netizen.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Klik

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Artikel Lain