‘Dua Lipa Malaysia’ dikecam kongsi foto glow up 2019... tudung ‘hilang’ - “Saya memang selalu dibenci, ada yang panggil pelacur”

Foto Shahzreen sewaktu tahun 2013 (kiri) dan 2019 (kanan).

TREND berkongsi foto transformasi diri atau lebih popular disebut sebagai glow up banyak memenuhi paparan Twitter semenjak dua menjak ini.

Antara yang mencuri tumpuan tentunya foto perbezaan antara tahun 2013 dan 2019 yang dikongsi oleh Shahzreen Iman.

Mesra disapa Shahzreen, gadis berusia 20 tahun itu menerima pujian ramai atas kecantikan serta gaya fesyen yang digayakannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Gadis berhijab mengaku perangai gila-gila pertahan aksi lucah tunjuk jari tengah - “Ibu bapa dah bagi didikan sempurna, ni atas diri saya”

ARTIKEL BERKAITAN: Dulu digelar syaitan, usahawan ini dikecam sekali lagi beralih dari tudung labuh ke tudung bawal, “Tak suka jangan follow”

Di sebalik respon positif, posting tersebut turut dihujani komen kecaman gara-gara foto terbaharunya yang sudah tidak bertudung.

Bercerita kepada mStar, Shahzreen mengakui sudah menjangka akan menerima komen kecaman daripada segelintir netizen.

Shahzreen merupakan pelajar bidang Komunikasi Massa.

"Ia seperti jenaka sahaja. Kebelakangan ni macam trend orang kongsi gambar glow up. Agak terkejut dengan respon yang diterima tapi saya tak ambil hati.

"Saya memang dah boleh jangka akan dikecam. Mereka akan komen dari perspektif agama. Tak boleh nak kata apa, itu mulut mereka. Saya ambil sebagai motivasi sahaja.

"Mereka hanya mahu perhatian, jadi viral sebab tegur perempuan, dapat retweet banyak. Saya terbuka kalau ada yang nak tegur secara peribadi, boleh direct message (DM)," ujarnya.

Sebenarnya dah pernah kena kecam. Saya memang selalu dibenci dari dulu lagi. Ada yang panggil saya prostitute (pelacur) sebab selalu dikelilingi lelaki.

SHAHZREEN IMAN

Menurut pelajar bidang Komunikasi Massa di sebuah kolej swasta itu, dia bagaikan sudah terbiasa dibenci sejak dahulu lagi.

Lebih teruk, dia juga dipanggil dengan gelaran yang melampau sehingga memberi tekanan kepada dirinya, suatu ketika dahulu.

"Mereka boleh taip apa sahaja mereka suka. Kalau jumpa depan-depan senyap je.

"Sebenarnya dah pernah kena kecam. Saya memang selalu dibenci dari dulu lagi.

"Ada yang panggil saya prostitute (pelacur) sebab selalu dikelilingi lelaki.

"Pada masa itu, saya ambil perkara ini secara serius. Ia memberi tekanan pada saya," ujarnya.

Posting Shahzreen di Twitter.

Dalam pada itu, posting Shahzreen sehingga kini menerima lebih 1,700 perkongsian di Twitter.

Malah, ruangan komen posting itu turut dipenuhi dengan pelbagai pendapat termasuklah yang menyamakan Shahzreen dengan selebriti antarabangsa seperti Dua Lipa dan Ruby Rose.

"Damn wrong. Kenapa maju ke zaman jahiliyah balik ni?

"Wow! 2019 high fashion supermodel material.

"Dulu terlebih kain, sekarang terkurang kain. Mungkin kain yang terlebih tu dah dijilat api.

"Kembali ke jalan yang benar dik.

"Ni sumpah cantik," tulis beberapa netizen.

Shahzreen Iman, glow up, kecam, tudung

Artikel Berkaitan

Klik

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Artikel Lain