suria

Rider Foodpanda bukan saja hantar makanan ‘on time’, selamatkan perempuan cuba bunuh diri pun tepat pada masanya!

Rakaman ini menjadi tular di media sosial dan turut menerima pujian orang ramai.

SYABAS! Demikian komen rata-rata netizen berhubung tindakan mulia seorang petugas Foodpanda yang menyelamatkan seorang gadis dalam satu cubaan bunuh diri di Sungai Klang, Selangor, baru-baru ini.

Video berdurasi 30 saat itu dikongsi secara meluas di Facebook sehingga menjadi tular dan menarik perhatian ramai.

Dalam rakaman berkenaan, lelaki yang memakai seragam Foodpanda itu dilihat meredah sungai sebelum menyelamatkan gadis berkenaan yang terbaring di dalam air.

ARTIKEL BERKAITAN: Rider Foodpanda dapat tempahan diselubungi persoalan! Apartment kosong, jalan sunyi, “Siapa yang order kalau begini?”

ARTIKEL BERKAITAN: Berlapar hantar makanan, pemberian pelanggan Cina buat rider GrabFood ini nak menangis, “Terharu dia hargai kerja saya”

Dalam keadaan air berkedalaman paras paha, dia mengheret gadis itu dan meletakkannya ke atas batu sebelum rakaman itu berakhir.

"Foodpanda rider selamatkan gadis yang cuba bunuh diri di Sungai Klang. Salute!" tulis pengendali Faceboook We Are Malaysians yang berkongsi video berkenaan.

Selain dikongsi ramai pelayar Facebook, video berkenaan turut dihujani pelbagai komen netizen.

Bukan sahaja hantar makanan tepat pada masanya, tapi selamatkan nyawa pun tepat pada masanya.

NETIZEN

Netizen memuji sikap pekerja khidmat penghantaran makanan berkenaan, tetapi ada juga yang mempertikaikan insiden itu yang mana mereka mendakwa ia tidak logik berikutan paras air yang cetek sahaja.

"Tahniah kamu selamatkan nyawa. Tuhan rahmati kamu.

"Tuhan akan murahkan rezeki abang baik hati ni.

Video ini tular di Facebook.

"Bukan sahaja hantar makanan tepat pada masanya, tapi selamatkan nyawa pun tepat pada masanya.

"Macam mana seseorang boleh lemas dalam air yang cetek?

"Ia seperti dia mahu perhatian dan bukannya lemas," tulis beberapa netizen di Facebook.

Bagaimanapun sehingga kini, identiti gadis serta petugas Foodpanda berkenaan masih belum dikenalpasti.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain