Segelintir individu memberi infak kepada peniaga supaya dapat disalurkan kepada insan yang memerlukan. -Gambar hiasan AI
BULAN Ramadan sememangnya sinonim dengan amalan bersedekah atau infak.Selain bersedekah di masjid dan surau, segelintir individu mengambil langkah mudah dengan memberi infak melalui penjual makanan di bazar kepada orang ramai yang datang memberi juadah berbuka. Berpeluang menyaksikan perkara tersebut ketika berkunjung ke sebuah bazar Ramadan, seorang wanita bagaimanapun terkejut apabila peniaga yang menerima infak tersebut didakwa tidak amanah.Dakwanya, peniaga terbabit tidak menawarkan barang jualan mahupun memintanya memilih meskipun dia mendengar setiap pesanan daripada pihak yang memberi infak.Bazar Ramadan menjadi lokasi tumpuan sepanjang bulan berpuasa. -Gambar hiasan AI"Ada pasangan ni, dia bayar lebih dan beritahu nak infak. Dia amanahkan supaya akak (peniaga) tu bagi kepada sesiapa sahaja."Aku betul-betul sebelah pasangan yang infak tu dan memang dengar jelas apa yang mereka cakap."Selepas pasangan terbabit berlalu pergi, aku jenguk kedai tu dan nak tahu apa yang mereka akan bagi kepada pelanggan lain."Tapi akak tu pandang je, tak tawarkan langsung jualan dia atau suruh aku pilih," luahnya di Thread.Wanita terkejut lihat peniaga bazar didakwa tak terus agih duit infaq pelanggan.Pasangan bayar lebih supaya makanan diberi kepada orang lain.Peniaga tidak tawar makanan walaupun dia berada di situ.Selepas ditanya, barulah peniaga benarkan pilih infaq.Netizen berbeza pendapat, ada kata peniaga tunggu penerima lebih memerlukan.Ringkasan ini dijana oleh AISituasi yang berlaku itu membuatkan dia menebalkan muka untuk bertanya mengenai infak yang diberikan pelanggan sebelumnya.Pada masa sama, dia cuba mendapatkan kepastian sama ada dia layak atau tidak menerima infak berkenaan."Lepas aku tanya boleh dapat ke infak orang tu, barulah akak tu mengiyakan dan suruh pilih," tambahnya yang terkilan dengan sikap peniaga berkenaan.Seolah-olah berkecil hati dan tidak selesa dengan layanan yang diberikan peniaga terbabit, wanita itu akhirnya menolak pelawaan tersebut.ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda persoal peniaga buka tempahan makanan untuk infaq, anggap ‘jual’ agama - “Scammer paling susah nak kantoi”ARTIKEL BERKAITAN: Peniaga langgar janji, cincai siapkan tempahan! Wanita malu hantar makanan ke pusat tahfiz, harga boleh tahan mahalSusulan daripada itu, dia menimbulkan persoalan tentang siapa yang sepatutnya menerima agihan infak."Dekat situ memang tak ada orang lain, ada aku je. Jadi aku tertanya-tanya, adakah orang yang dapat amanah infak ni boleh pilih-pilih siapa yang dia nak bagi?" ajunya.Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mempunyai pendapat berbeza tentang penerima infak.Malah ada yang beranggapan peniaga tersebut mahu menunggu pelanggan yang lebih memerlukan.