Setiap individu ingin meraikan lebaran 1 Syawal dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan. -Gambar hiasan AI
MERAIKAN kedatangan 1 Syawal dengan penuh kemeriahan dan kesyukuran bersama keluarga tersayang pastinya menjadi idaman ramai.Namun hakikatnya, tidak semua bernasib baik daripada sudut kewangan sehingga ada suara-suara meminta supaya kerajaan meluluskan pengeluaran khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini. Perkara itu jelas dilihat menerusi ruangan komen satu portal berita yang menyiarkan siaran langsung sesi sidang Parlimen Malaysia pada Selasa, seperti perkongsian seorang pelayar di media sosial.Komen warga maya pada sesi siaran Parlimen Malaysia, 2 Mac lalu.Individu terbabit berkongsi tangkap layar memaparkan deretan komen berulang pengguna media sosial yang menggesa agar kerajaan meluluskan pengeluaran khas Aidilfitri.Bersama tangkap layar itu dia mempersoalkan keperluan menggunakan duit tabung persaraan untuk keperluan hari raya."Aku hairan, takkan nak beraya pun nak kena pakai duit simpanan pencen? Satu keperluan terdesak sangat ke," ajunya di Thread.Menjawab pertanyaan tersebut, salah seorang pelayar di platform sama menyatakan ia adalah keperluan bagi golongan yang kurang berkemampuan.Ramai mohon pengeluaran khas KWSP sempena Aidilfitri.Isu hangat dibincang selepas tular komen sidang Parlimen.Ada persoal guna duit persaraan untuk sambut raya.Golongan B40 kata ia keperluan bagi yang bergaji rendah.Netizen bimbang simpanan hari tua terjejas jika diluluskan.Ringkasan ini dijana oleh AIBaginya, mereka yang mempertikaikan hasrat rakyat seolah-olah tidak memahami kesusahan golongan berpendapatan rendah."Kau dapat bonus setiap tahun memanglah tak hairan."Macam mana yang kerja gaji rendah, gaji hari dan yang kerja siang malam tapi ngam-ngam (duit) je... ada fikir sekali tak?"Atau sebab dah senang, sampai lupa ada orang yang susah dalam negara sendiri," luahnya membalas hantaran tersebut.ARTIKEL BERKAITAN: Anak tolong selesai hutang sampai akaun 'kering', bapa naik hantu diminta bayar balik wang - “Ayah kata saya berkira”ARTIKEL BERKAITAN: Pencen bulanan habis bayar hutang! Anak dendam bapa kuat joli masa muda, dah tua susahkan famili - “Lagi banyak marah dari simpati”Walau bagaimanapun, rata-rata netizen meminta supaya perkara tersebut dikaji dengan sewajarnya kerana dibimbangi ramai mengalami masalah kewangan pada usia emas."KWSP untuk hari tua, kalau sekarang pun duit dah cukup-cukup makan... silap haribulan memang tak makan langsung nanti."Raya setahun sekali je, 11 bulan tu sepatutnya menabung, sama macam nak beli cukai jalan dan insurans."Memang ada yang susah tapi penyelesaian jangka pendek ini tak semestinya baik untuk jangka panjang," demikian reaksi netizen.