SEBAGAI tanda cinta dan kasih sayang, seorang ustaz menghadiahkan sebuah rumah bernilai kira-kira RM300,000 di Nilai, Negeri Sembilan, untuk isterinya yang juga seorang guru agama.Kisah mengenai Ustaz Muhammad Fauzi Jaafar dan Ustazah Nurul Khadijah Mohamad itu tular selepas pendakwah berkenaan berkongsi video [Tonton Video] ketika mereka berada di Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sembilan, Isnin lalu. Bercakap kepada mStar, Fauzi berkata dia memilih untuk membuat lafaz hibah mengikut saluran undang-undang agar nasib isterinya terbela selepas ketiadaannya suatu hari nanti.Ustaz Fauzi menghadiahkan sebuah rumah buat isterinya selepas membuat lafaz hibah di mahkamah pada Isnin."Saya ada sebuah rumah yang dibina enam tahun lalu. Saya nak pastikan ia jadi hak mutlak isteri jika saya meninggal. Keputusan ini dibuat atas dasar kasih sayang dan cinta antara suami isteri."Kalau buat wasiat, ia ada sedikit kelemahan. Maka saya pilih untuk buat hibah hadiah supaya tiada sesiapa dapat tuntut rumah itu. Maka saya berurusan dengan Amanah Raya Berhad."Selepas itu barulah diberi tarikh ke mahkamah syariah untuk perbicaraan pengesahan hibah. Saya kena lafazkan di hadapan hakim. Kalau isteri saya meninggal dulu, rumah ini tetap menjadi hak dia dan akan difaraidkan atas namanya," ujarnya.Ustaz Fauzi ke mahkamah syariah untuk lafaz hibah bagi menghadiahkan sebuah rumah untuk isterinya.Keputusan itu dibuat secara rela hati dan tanpa paksaan demi menyenangkan isterinya selepas ketiadaannya kelak.Rumah yang dibina enam tahun lalu itu itu dianggarkan berharga RM300,000 dan ia terletak di Nilai, Negeri Sembilan.Kisah hibah Ustaz Fauzi untuk isterinya meraih perhatian selepas video mereka di mahkamah dimuat naik ke Facebook.Ringkasan ini dijana oleh AIFauzi dan Nurul Khadijah, masing-masing berusia 37 tahun mendirikan rumah tangga kira-kira 11 tahun lalu dan masih belum dikurniakan cahaya mata.Menurut Fauzi, dia dan isterinya reda dengan ketentuan Allah walaupun terpaksa menjalani hidup berdua tanpa kehadiran zuriat."Buat masa ini, kami tak dikurniakan zuriat lagi. Saya anggap ini sebagai ujian. Ada juga cadangan ambil anak angkat, tapi tiada rezeki lagi," ujarnya.ARTIKEL BERKAITAN:Masa muda pakai seluar koyak, jururawat ini berubah 360 darjah selepas nikahi ustazah... Kini jadi ustaz siap ada tauliah ajar agama!ARTIKEL BERKAITAN:Ibu lupa diri dapat duit hibah, boros habiskan RM800,000 sekelip mata! Siap tolong kawan melabur puluhan ribuFauzi dan Nurul Khadijah merupakan pemegang tauliah untuk mengajar agama di Negeri Sembilan serta Wilayah Persekutuan.Pada masa sama, Fauzi juga berkhidmat sebagai jururawat di Institut Kanser Negara (IKN).Nurul Khadijah juga mengajar bahasa Arab di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) serta turut menerima undangan menyampaikan dakwah di stesen televisyen.Kisah pasangan ini pernah mendapat liputan mStar pada tahun 2023."Apabila tiada zuriat, maka kami sibukkan diri dengan urusan kerja dan dakwah. Selain melaksanakan urusan dakwah di surau dan masjid, saya juga terima undangan hospital seluruh Malaysia."Saya dijemput untuk bagi motivasi daripada segi kerohanian kepada jururawat lain untuk terus bersemangat melaksanakan tugas masing-masing," ujar Fauzi lagi.Untuk rekod, kisah perkahwinan pasangan ini pernah disiarkan menerusi mStar pada 4 April 2023.