suria

“Saya pun sakit tekak” - Doktor senyum sinis pesakit minta MC, dituduh sengaja nak ‘tuang’ kerja!

Masalah kesihatan mendorong segelintir individu mendatkan rawatan dan pemeriksaan di klinik. -Gambar hiasan AI

TINDAKAN seorang wanita mendapatkan rawatan di sebuah klinik bertukar menjadi pengalaman pahit selepas dia diperli doktor bertugas.

Kongsi wanita berkenaan, dia datang ke klinik berkenaan selepas mengalami sakit tekak yang teruk sehingga sukar menelan air liur. 

Bagaimanapun doktor berkenaan menunjukkan sikap acuh tak acuh dan sinis apabila dia meminta cuti sakit (MC).

"Aku sakit tekak sampai nak telah air liur pun sakit, doktor tu periksa macam itu saja.

Sijil cuti sakit diberikan kepada pesakit. -Gambar hiasan

Sijil cuti sakit diberikan kepada pesakit. -Gambar hiasan

"Tapi selepas aku minta MC (sijil cuti sakit), dia terus senyum sinis sambil cakap tekak tak teruk pun," luahnya di Threads. 

Terkilan dengan reaksi diberikan doktor tersebut, wanita ini cuba menjelaskan pekerjaannya memerlukan dia banyak berkomunikasi.

Disebabkan itu dia meminta cuti sakit kerana tekaknya yang sakit menyukarkannya melakukan kerja dengan baik.

Namun malangnya, doktor berkenaan membandingkan situasi wanita itu dan dirinya selain menyatakan dia tetap bekerja walau sakit.

  • Wanita kecewa didakwa diperli doktor ketika dapatkan rawatan sakit tekak.
  • Doktor kata keadaan tekaknya tidak teruk selepas dia minta MC.
  • Wanita jelaskan kerjanya perlu banyak bercakap sebagai customer service.
  • Doktor bandingkan diri sendiri yang tetap bekerja walau sakit.
  • Netizen simpati dan kongsi pengalaman buruk sama di klinik.

"Aku cakap yang aku kerja customer service, nanti asyik bercakap lagilah sakit.

"Dia cakap saya pun sakit tekak, boleh je datang kerja.

"Aku tanya sekali lagi sama ada boleh dapat MC atau tidak dan dia terus jawab tak boleh, tapi semasa aku nak gerak dia tiba-tiba cakap boleh," tambahnya.

Hantaran tersebut mendapat perhatian warga maya yang bersimpati dengan nasibnya selain mengecam tindakan doktor itu yang dianggap tidak memahami beban kerja orang lain.

ARTIKEL BERKAITAN: Geram doktor tak mahu bersubahat bagi MC palsu untuk anak malas sekolah, mak ayah buat ulasan buruk di Google

ARTIKEL BERKAITAN: Dua tahun cop dan nama doktor tak berubah, HR baru sedar staf serah MC palsu! 2026 masih guna ‘template’ Microsoft Word

Ada juga dalam kalangan netizen berkongsi pengalaman sama ketika cuba mendapatkan rawatan di klinik.

"Saya pernah kena, doktor tu tak periksa apa-apa pun tapi cakap hari ni tak pergi kerjalah?, sedangkan doktor klinik lain sahkan yang saya alami radang pada tulang rusuk.

"Sebagai doktor tua, saya nasihatkan supaya bagilah rehat sehari dua kepada pesakit, kadang-kadang bagi mengelakkan lawatan berulang atau komplikasi.

"Aku pernah sound doktor dekat klinik panel swasta sebab sakit perut," antara reaksi netizen. 

Artikel Lain