SEORANG individu meluahkan rasa marah dan tertekan apabila mendakwa dirinya terpaksa menanggung akibat disebabkan sikap bapanya yang boros dan tidak bertanggungjawab ketika usia muda.Menerusi satu perkongsian di Thread, individu itu berkata bapanya yang pernah bekerja dalam sektor kerajaan kini hidup dalam kesempitan walaupun menerima pencen bulanan yang agak besar. Menurutnya, sebahagian besar wang pencen bapanya habis digunakan untuk membayar hutang lama disebabkan pinjaman yang dibuat dalam jumlah tinggi suatu ketika dahulu."Dulu bapa saya kerja dalam sektor kerajaan. Pinjaman tinggi-tinggi sampai langit tapi dia je la sedap (guna duit) sorang-sorang. Sekarang dah pencen, hidup menyusahkan diri dan anak-anak.Hutang atau pinjaman bank boleh membebankan ahli keluarga lain jika tidak diselesaikan. -Gambar hiasan AI"Duit pencen dia bulan-bulan tu habis bayar hutang sampaikan kereta pun sudah jual. Sekarang pinjam kereta saya pula sebab dah tak ada kenderaan sendiri," luahnya.Tambahnya lagi, dia dapat membayangkan bagaimana kehidupan ibunya jika masih hidup yang mungkin terpaksa merempat kerana tidak mempunyai kediaman sendiri.Menurut individu itu lagi, dia menyimpan perasaan marah terhadap bapanya kerana menganggap masalah yang dihadapi kini berpunca daripada sikap tamak pada masa lalu tetapi masih wujud rasa simpati.ARTIKEL BERKAITAN: Umur masuk 40 gaji bawah 5K, staf ‘gomen’ kesal dulu tak ‘lompat’ kerja... Seronok lihat kawan-kawan swasta ‘masyuk’ARTIKEL BERKAITAN: Mahu bolot wang gratuiti, jawatan 'gomen'.... Warga emas sanggup bunuh menantu"Lagi banyak rasa marah daripada simpati sebab pencen dia besar sepatutnya dah boleh hidup dengan tenang dan berehat. Tapi sebab masa muda dia tamak."Tak bagi nafkah dekat isteri. Itu buatkan aku rasa marah. Sekarang ni menyusahkan gila sebab dok pinjam kereta. Kalau boleh pindah jauh dari keluarga, dah lama buat," katanya lagi.Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya melihat situasi itu sebagai satu pengajaran kepada ibu bapa agar merancang kehidupan hari tuan dan tidak membebankan anak-anak.Seorang anak tertekan melihat bapanya yang dapat pencen tinggi tetapi hidup susah.Sebahagian besar duit pencen habis untuk bayar hutang bank dibuat zaman muda.Bapa terpaksa jual kereta dan kini kerap pinjam keretanya.Anak marah kerana anggap masalah ini berpunca daripada sikap boros bapa masa muda.Netizen melihat kisah itu sebagai pengajaran untuk hari tua.Ringkasan ini dijana oleh AI"Buat pinjaman untuk apa. Kalau pinjaman peribadi, ruginya. Pinjaman rumah boleh la jual rumah tu."Ramai je orang tua yang ibarat macam pacat ni. Buang pun melekat. Iktibarnya, kita jangan jadi macam tu hari tua nanti."Nak kesian tapi mungkin ini akibat dan balasan zaman muda dulu. Apa kita buat kenalah terima akibatnya. Takkan sebab kita tamak zaman muda, anak-anak kena tanggung masa tua," komen beberapa netizen.