BAGI segelintir individu, umur adalah penanda aras dalam kehidupan.
Maka tidak hairanlah apabila ada yang menetapkan kestabilan hidup mesti dicapai sebelum umur 40-an.
Seorang lelaki meluahkan rasa sedih apabila merasakan dirinya 'terperangkap' dalam pendapatan bulanan yang rendah disebabkan bekerja di sektor awam.
Doa adalah senjata orang mukmin yang mengalami kesulitan. -Gambar hiasan
"Aku nak bertanya, ramai tak yang umur nak masuk 40-an tapi gaji masih belum cecah RM5,000.
"Apa yang menyebabkan gaji kau orang masih di level bawah RM5,000 tu?
"Aku ni disebabkan kerja kerajaan, memang fahamlah gaji murah," ujarnnya menerusi satu hantaran di media sosial.
ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda gaji rendah tetap sara keluarga lepas mak ayah meninggal... Adik umur 32 tahun goyang kaki, bagi alasan perempuan tak wajib kerja
ARTIKEL BERKAITAN: Bagi naik pangkat, kerja lebih tapi gaji rendah… Pekerja senior makin sakit hati dapat tahu dibayar setaraf junior!
Seperti individu lain, pengguna media sosial ini turut memasang impian untuk memperoleh pendapatan bulanan yang tinggi.
Malah dia juga meluahkan keinginan untuk menceburi bidang swasta sekiranya ada peluang.
Namun dia sedar impian tersebut terpaksa dileburkan atas faktor umurnya yang hampir menginjak usia 40 tahun.
Kalau awak 'lompat' di umur ni lagi bagus sebab banyak pengalaman, sesetengah sektor suka ambil pekerja kerajaan.
WARGA MAYA
"Kadang-kadang teringin nak 'lompat' swasta tapi macam dah terlambat dengan umur pun dah nak hampir 40 tahun.
"Seronok tengok kawan-kawan bertukar kerja, gaji pun ikut 'lompat' juga," tambahnya.
Menurut lelaki ini, dia bukanlah tidak bersyukur dengan rezeki yang diperoleh.
Warga maya berkongsi pandangan dan nasihat kepadanya.
Namun sebagai manusia, dia tidak terlepas daripada perasaan dan keinginan untuk memperbaiki kewangan diri.
Luahannya itu mendapat pelbagai reaksi warga maya.
Ramai yang bersimpati dengan nasibnya dan cuba membantu dengan memberi beberapa cadangan untuk menambahkan pendapatan bulanan.
"Kalau awak 'lompat' di umur ni lagi bagus sebab banyak pengalaman, sesetengah sektor suka ambil pekerja kerajaan macam bidang guaman ataupun awak polis, boleh 'lompat' jadi peguam dengan ambil ijazah dalam perundangan.
"Situasi yang sama, dah nak masuk 40 tahun tapi gaji jauh lagi nak cecah RM5,000. Belum ada rezeki nak merasa.
"Mulakan dengan sekecil-kecil perniagaan.
"Salah satu sebab gaji lambat sebab masih duduk di syarikat yang sama untuk tempoh yang lama, kalau 'lompat-lompat' memang cepat naik," demikian antara reaksi warga maya.