SEBUAH akaun TikTok dipercayai dari negara jiran, Indonesia dengan berani menawarkan perkhidmatan masuk dan keluar Malaysia secara haram menerusi jalan laut menggunakan bot laju.
Menerusi akaun @speedboat_tki itu, pengendali perkhidmatan memaklumkan mereka beroperasi dua atau tiga hari sekali membabitkan laluan dari Selangor untuk pergi ke Tanjung Balai atau Dumai.
RM1,600 harga untuk masuk ke Malaysia secara haram.
"Kita berangkat dari Selangor. Destinasinya ada dua laluan, iaitu ke Dumai, Riau dan ke Tanjung Balai, Medan.
"Ini laluan khas ikut belakang untuk kawan-kawan yang tidak mempunyai dokumen atau tidak mahu pasport mereka disenarai hitam. Mereka boleh ikut laluan saya," katanya.
ARTIKEL BERKAITAN: Provokasi, lagak ‘abang kawasan’! Aktivis bimbang sikap generasi kedua warga asing, banteras kalau sayang negara
ARTIKEL BERKAITAN: Pihak Keselamatan Malaysia Pintas 8 Kapal Cuba Ceroboh Perairan Sabah
Berdasarkan video yang dikongsi, caj yang dikenakan adalah sebanyak RM1,600 seorang dengan masa perjalanan antara tiga hingga ke empat jam.
Perkhidmatan itu juga dianggap berani kerana dilakukan pada waktu siang selain muatan bot penuh dengan penumpang hingga di atas bumbung bot.
Jangan buat begini bang, nanti kalau kena tembak salahkan Malaysia.
WARGA INDONESIA
Menerusi ruangan komen, pengendali perkhidmatan memberi jaminan 100 peratus tidak akan ditangkap pihak berkuasa.
"Jangan bimbang, selamat. Kita sudah settle," katanya.
Malah, ugutan daripada pengguna TikTok dari Malaysia agar memasuki secara sah juga tidak ditakutinya.
Reaksi netizen.
"Yeke? Takutnya," katanya sambil memberi emoji ketawa apabila diugut untuk melaporkan kegiatannya kepada pihak berkuasa.
Kegiatan itu bagaimanapun tidak disokong sebahagian rakyat Indonesia kerana bakal menyusahkan mereka yang mencari rezeki secara sah.
"Jangan buat begini bang, nanti kalau kena tembak salahkan Malaysia, sedangkan kami masuk dengan cara yang dibenarkan," katanya.