suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pihak Keselamatan Malaysia Pintas 8 Kapal Cuba Ceroboh Perairan Sabah

KOTA KINABALU: Pasukan keselamatan Malaysia berjaya memintas lapan buah kapal dari selatan Filipina kerana cuba menceroboh perairan Sabah pada Selasa.

Pengarah Bahagian Penguatkusaan Maritim Esscom, Laksamana Pertama Maritim M. Karunanithi pada Rabu berkata, anggota keselamatan berjaya menahan sebuah daripada kapal berkenaan.

Beliau berkata dalam kejadian pada pukul 5.30 pagi Selasa itu, kakitangan Agensi Penguatkuasaan Maritim (APMM) ternampak sebuah kapal yang tidak dikenali berhampiran Pulau Mataking.

Menyedari mereka dilihat, kapal-kapal itu kemudiannya mengubah haluan dan memecut kembali ke arah perairan Filipina melalui Reef Alice.

Tambah beliau, 30 minit kemudian anggota KM Bangi ternampak tujuh lagi kapal yang tidak dikenali.

Sekali lagi apabila kehadiran mereka disedari, kapal-kapal tersebut mengalih arah laluan mereka kembali ke perairan Filipina.
Perairan Sabah, Filipina, APMM

Artikel Lain