PERBUATAN berkongsi foto dan momen bahagia di media sosial sudah menjadi lumrah bagi pasangan yang sedang dilamun cinta.
Namun bagi mereka yang masih di bawah umur dan berada dalam pengawasan ibu bapa, hal itu dianggap sesuatu yang tidak manis.
Bagi ibu ini, dia juga tidak senang dengan tindakan seorang pemuda berkongsi foto anak gadisnya dipercayai masih bersekolah di media sosial dengan kapsyen yang boleh mengundang fitnah.
Hanya sebahagian kecil cinta monyet berakhir di jinjang pelamin. -Gambar hiasan
"Gambar anak aku pernah dimuat naik teman lelaki dia di Instagram dengan kapsyen 'mine' (milik aku).
"Terus aku packed (bungkus) baju dia. Aku cari budak lelaki tu kemudian suruh dia beritahu maknya yang aku nak kahwinkan mereka.
"Senang, tak membazir beras aku nak kena tanggung lagi," katanya dalam nada marah menerusi luahan di media sosial.
ARTIKEL BERKAITAN: Cinta monyet dianggap tak ke mana, cikgu pun tak yakin... adik angkat akhirnya dibawa naik pelamin - “Saya ajak dia couple semula”
ARTIKEL BERKAITAN: Jumpa kotak rahsia di rumah mentua, isteri baca kuat-kuat surat cinta suami untuk bekas-bekas kekasih - “Saya pun salah seorang ex dia"
Dalam nada sindiran pula, wanita itu berkata dia sama sekali tidak menghalang apa jua yang mahu dilakukan si anak asalkan tampil berterus terang.
"Suka hati upload gambar anak aku, itu aku pantang, 'mine' konon... makan pun ditanggung lagi.
"Terus waras kedua-duanya," katanya memberi maksud teguran yang dibuat agar anak dan rakannya itu fokus dalam pelajaran berhasil dan difahami.
Tegas macam ni yang kita nak.
NETIZEN
Perkongsian wanita itu tentang ketegasannya dalam menegur dan mendidik anak mendapat pujian warga maya.
"Bagus betul mak dia, sokong seratus peratus. Anak aku kalau buat macam tu, aku akan buat benda yang sama.
"Ada juga mak yang perangai macam aku. Tegas macam ni yang kita nak," katanya.
Reaksi netizen
Namun, ada juga dalam kalangan netizen menyindir wanita itu kerana seakan tidak faham dengan perkembangan semasa khususnya dalam dunia sosial media.
"Nak tahu juga macam mana masa mak dia bercinta dulu.
"Zaman sekarang, zaman media sosial untung aib mak-mak zaman dulu tersimpan," katanya.