suria

Warga emas berlakon mesra depan anak cucu walau tak tidur sekatil, nak cerai tapi malu!

Tidak ada pasangan yang mahukan perkahwinan mereka berakhir dengan penceraian. -Gambar hiasan

RAMAI beranggapan individu yang masih belum berkahwin atau bertemu pasangan pasti berdepan dengan masalah kebosanan lantaran terlalu sunyi.

Namun satu hantaran yang tular di laman sosial mengenai realiti sebenar alam perkahwinan ternyata mengundang perhatian warga maya.

"Kalau anda bosan hidup membujang, ambil cuti satu hari dan pergi ke mahkamah syariah.

"Tengok berapa ramai yang bosan kerana berkahwin," demikian menulis penulis hantaran tular tersebut.

Salah seorang pelayar kemudian tampil memberi maklum balas terhadap hantaran tersebut dan mengakui pernah melakukan perkara sedemikian.

Banyak faktor yang mendorong kes penceraian membabitkan pasangan suami isteri.

Banyak faktor yang mendorong kes penceraian membabitkan pasangan suami isteri. -Gambar hiasan

"Aku pernah buat macam ni sebab kawan aku peguam syariah. Kalau ditulis di sini punca-punca penceraian memang ramai yang terkejut dan akan berdebat. Masing-masing akan menegakkan pendapat sendiri, hujah sendiri.

"Bosan dalam perkahwinan adalah sebahagian daripada punca penceraian, namun bukanlah dalam top three daripada list punca penceraian di Malaysia," tulisnya. 

Tambah individu berkenaan, sepanjang 'kajiannya' di mahkamah syariah, tiga faktor utama yang mendorong penceraian adalah seks, kewangan dan curang. 

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita tak minta cerai walau suami kantoi curang, tapi letak syarat penting... Hanya ke mahkamah syariah lepas anak tamat ijazah

ARTIKEL BERKAITAN: Selesai urusan cerai, ibu mentua enggan salam menantu di mahkamah - “Dia alih muka, peluk tubuh”

Malah kongsinya, penceraian tidak hanya berlaku dalam kalangan pasangan muda, malah ada suami isteri yang sudah berpuluh tahun mendirikan rumah tangga juga tidak terkecuali memilih jalan untuk berpisah.

"Ada satu kisah ni, suami umur 55 hingga 60 tahun dan wife 51 hingga 57 tahun. Mereka nak bercerai tapi sebab malu dengan anak-anak, tak jadi bercerai.

"Tapi berpisah tempat tidur dan buat haluan masing-masing walaupun masih duduk serumah. Depan anak-anak dan cucu sahaja berlakon mesra," tulisnya lagi. 

Pernah teman makcik ke mahkamah syariah nak selesaikan kes faraid. Duduk dalam tu, dengar macam-macam kes cerai.

NETIZEN

Tambah individu berkenaan, perkongsiannya tidak berniat untuk menakut-nakutkan orang ramai tentang perkahwinan tetapi mahu perkara tersebut dilihat daripada sudut positif iaitu mengingatkan bahawa alam rumah tangga adalah tanggungjawab yang perlu dipikul bersama-sama.

Di ruangan komen, warga maya memberikan reaksi yang pelbagai namun tidak kurang juga ada berkongsi pengalaman ahli keluarga sendiri.

Sebahagian daripada komen netizen.

"Pernah teman makcik ke mahkamah syariah nak selesaikan kes faraid. Duduk dalam tu, dengar macam-macam kes cerai.

"Ataupun follow kaunselor perkahwinan. Buatkan kita lebih berhati-hati dalam memilih. Lebih baik terlambat daripada kahwini orang yang salah.

"Pernah buat juga tapi bukan sebab bosan single. Tapi sebab nak ingatkan diri kenapa pilih single.

"Dulu selalu teman kakak sebab dia peguam syariah. Migrain, kadang ada yang bergaduh dekat kawasan mahkamah," demikian antara komen netizen.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain