ADAB dan rutin selepas menunaikan solat fardu kebiasaannya disusuli ucapan zikir dan doa sebagai tanda syukur serta pengharapan kepada Yang Maha Esa.Namun, lain pula kisah dilalui wanita ini apabila keinginan untuk mengaminkan doa bersama suami selepas solat berjemaah berakhir dengan pergaduhan besar. Meluahkan kesedihan di Thread, wanita ini mengakui berasa terkilan dengan sikap suaminya yang enggan menadah tangan untuk berdoa selepas solat."Aku ni jahil sangat ke sebab aku hairan dan kecewa gila apabila solat berjemaah dengan suami, lepas habis solat je aku tadah tangan nak berdoa sama-sama.Solat jemaah bersama isteri dan anak-anak dapat mengukuhkan hubungan kekeluargaan. -Gambar hiasan"Tapi dia jawab, doa selepas solat bukan amalan dia... kitaorang bergaduh teruk depan anak-anak sebab aku macam tak boleh terima (dia) tak mahu berdoa lepas solat," ujarnya yang pelik dengan sikap suami.Bercerita lanjut, selepas meluahkan rasa kecewa secara bersemuka, suaminya tiba-tiba mengeluarkan segala hukum hakam."Dia keluarkan hukum hakam dia sampai aku rasa, aku jahil sangat ke bergaduh dengan suami sebab dia tak mahu berdoa.ARTIKEL BERKAITAN: Doa dapat suami sebaik malaikat makbul, tapi cerai selepas 7 tahun! Wanita serik taksub dalam berdoaARTIKEL BERKAITAN: Letih ujian bertubi-tubi lepas balik Makkah, wanita risau tersilap doa! Ada juga syak minta syurga tanpa hisab"Dia cakap doa kat mana-mana pun boleh, lepas solat bukan wajib," tambahnya, yang sedikit sebanyak bersetuju dengan kata-kata suaminya.Bagaimanapun, dia tetap memegang pendirian bahawa berdoa selepas solat wajar dijadikan amalan apatah lagi ia bukan haram."Aku bukan ajak buat benda haram, aku ajak berdoa saja. Benda tu pun nak bertekak dan gaduh dengan aku.Wanita kecewa suami enggan doa lepas solat berjemaah.Isu itu cetus pergaduhan besar depan anak-anak.Suami kata doa selepas solat bukan wajib.Wanita tetap anggap berdoa bukan perbuatan haram.Netizen berbelah bahagi, ada minta suami lebih bertolak ansur.Ringkasan ini dijana oleh AI"Aku bukan baik sangat pun, tapi aku pun nak belajar jadi baik dan faham ilmu agama. Ya Allah, berikanlah aku petunjuk dan jalan yang benar," katanya lagi.Menjengah ke ruangan komen, netizen dilihat memberikan pelbagai reaksi.Ada yang berpendapat si suami sepatutnya lebih bertolak ansur dalam menjaga keharmonian rumah tangga.Warga maya memberikan pandangan dan nasihat."Suami awak ada asasnya, lepas saya balik umrah dan baca lagi hadis-hadis nabi, saya jarang doa lepas solat dan saya tak buat qunut."Kau nak gaduh hanya kerana dia tak nak doa dah kenapa? Patut bersyukur dia dah imamkan solat sebab banyak yang tak nak jadi imam apabila solat di rumah."Cakap dengan dia, jangan sombong dengan Allah. Allah suka pada hambanya yang selalu meminta dan berdoa," demikian antara reaksi netizen.