SEORANG lelaki terasa hati dengan sikap isterinya apabila dia didakwa membandingkan bajet membeli baju raya yang diperuntukkan dengan jumlah diterima rakan-rakannya.Kata lelaki itu, untuk tahun ini dia sudah mengasingkan bajet sebanyak RM500 untuk membeli pakaian raya untuk isteri dan anak mereka. Namun bagi si isteri, jumlah tersebut dianggap tidak mencukupi kerana ada suami kepada rakannya mampu menyediakan bajet sebanyak RM1,000."Saya terasa dengan isteri sebab saya sudah asingkan bajet untuk baju raya dia dan bayi kami sebanyak RM500. Isteri sepatutnya perlu memahami keadaan kewangan suami. -Gambar hiasan AI"Tapi isteri bandingkan suami kawan-kawan dia boleh bagi duit beli baju raya sampai RM1,000," luah lelaki itu.Tambahnya, isterinya tidak sepatutnya membuat perbandingan itu kerana situasi kewangan setiap daripada mereka adalah berbeza.Jelas lelaki itu, kebanyakan rakan kepada isterinya juga bekerja dan berkongsi perbelanjaan rumah tangga dengan pasangan masing-masing."Saya sudah la kerja seorang. Kawan-kawan dia semua bekerja bulanan, perbelanjaan pun separuh-separuh dengan suami mereka," jelasnya lagi.ARTIKEL BERKAITAN: Wanita akur baju raya mahal ada ‘demand’, ramai sanggup berhabis rai AidilfitriARTIKEL BERKAITAN: “Nak jadi bini kena bijak” - Wanita puas hati dapat beli baju raya sendiri RM400 sepasang, suami punya RM60 jePerkongsian itu mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-rata berpendapat perbandingan sedemikian tidak wajar kerana setiap rumah tangga mempunyai kemampuan berbeza."Patut (terasa), sambil tu bandingkan sekali bini mereka dengan isteri awak. Baru isteri awal ada akal."Orang perempuan kebanyakannya tak nampak apa yang orang tanggung cuma nampak apa yang dia nak."Baju raya tak perlu mahal, lebih daripada RM500 sejujurnya merapu. Kalau awak jenis tak keluar rumah pergi majlis, baju tu akhirnya akan pakai sekali dua je," komen sesetengah netizen.Suami terkilan isterinya membandingkan bajet baju raya RM500 dengan rakan yang menerima sehingga RM1,000.Dia menjelaskan hanya bekerja seorang, berbeza dengan rakan isterinya yang berkongsi perbelanjaan bersama pasangan.Perkongsian itu mengundang reaksi netizen yang mengingatkan agar tidak membandingkan kemampuan rumah tangga.Ada yang berpendapat baju raya tidak perlu mahal kerana jarang dipakai.Memakai baju baharu ketika Aidilfitri adalah sunat, namun perlu mengikut kemampuan masing-masing.Ringkasan ini dijana oleh AIKeperluan memiliki pakaian baharu sempena hari rayaMenurut Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan, memakai baju baharu ketika Aidilfitri adalah sunat, namun bukan suatu kewajipan.Memakai baju baharu pada hari raya adalah suatu amalan sunat namun sekiranya tidak ada (pakaian baharu), seseorang itu disunatkan memakai pakaian yang hampir menyerupai baharu.Jelas bahawa pemakaian baju baharu ketika raya adalah satu galakan, namun ia perlu disesuaikan dengan kemampuan masing-masing tanpa membebankan mana-mana pihak.