SETIAP kali menjelang Aidilfitri, isu harga baju raya yang melambung tinggi pasti menjadi perdebatan hangat dalam kalangan masyarakat.
Tahun ini, seorang wanita mencetuskan kontroversi di media sosial apabila meluahkan rasa kurang senang terhadap harga pakaian raya yang dianggap tidak masuk akal.
Dalam hantaran dibuat, dia menyeru agar orang ramai memboikot peniaga yang menjual baju raya dengan harga tidak masuk akal.
Baju raya dijual pada tanda harga yang berbeza-beza. -Gambar hiasan
"Boleh tak untuk sekali saja seumur hidup, kita boycott je baju raya (dijual) yang mahal-mahal ni?
"Baju je pun... tapi sampai RM300 hingga RM400, tak make sense langsung," ujarnya meluahkan pandangan.
Pendapat yang dikongsikan itu mendapat pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.
ARTIKEL BERKAITAN: Menjelang raya peniaga jual baju, kain berasingan! Dahsyat ‘buat duit’, harga bukan calang-calang - “Siapa punya idea ni?”
ARTIKEL BERKAITAN: Pergi beli baju raya balik ‘tangan kosong’, terkejut semua harga cekik darah walau rekaan simple - “Bukan main mahal, kalah pengantin”
Ada yang menyokong, tetapi kebanyakannya berpendapat bahawa harga baju raya bukanlah satu isu besar selagi seseorang itu mampu untuk membelinya.
"Sis awak ada 'pasang' dendam kes apa ni. Kenapa nak boikot baju raya mahal? Macam tak logik. Yang murah pun masih banyak.
"Tak nak jadi 'joykiller'. Kita meraikan kemenangan selepas sebulan puasa. Jadi nak cantik-cantik di hari raya. Terpulang pada individu nak beli baju raya mahal sekali pun.
Terpulang pada individu nak beli baju raya mahal sekali pun.
NETIZEN
"Tak perlu (boikot), biar ada kelas. Baju raya ada untuk semua. Kalau mampu RM500, beli. Kalau mampu RM50, pun okay. Kalau nak yang RM500 tapi nak guna Atome (ansuran), tiada siapa yang akan menghalang," komen netizen.
Malah, ada juga yang menegaskan bahawa lebih baik memboikot pakaian yang tidak patuh syariah berbanding mempersoalkan harga pakaian raya.
"Jangan la begitu sis. Setiap segmen barang murah atau mahal ni ada target market dia. Kita sebagai pengguna, cari yang sesuai saja dengan kehendak dan poket kita.
Antara komen netizen di media sosial.
"Kalau nak... boikot baju yang terang-terang tak patuh syariah. Murah harganya pun, kalau tak patuh syariah... jangan beli," komen seorang lagi netizen.
Selepas menerima pelbagai pendapat, wanita tersebut kemudian mengakui bahawa isu harga pakaian semakin tinggi sebenarnya berpunca daripada permintaan yang sentiasa ada.
"Melihat kepada komen-komen ini, patutlah harga baju raya makin tahun makin mahal. Sebab tetap akan ada yang membeli tanpa mengira kualiti atau jenama," katanya.