SEPANJANG bulan Ramadan, pasti ramai yang tidak mahu ketinggalan menunaikan solat sunat tarawih secara berjemaah di masjid mahupun surau.
Dalam keterujaan mengejar pahala, kita juga disarankan menjaga adab bukan sekadar dari segi tingkah laku, tetapi juga dalam berpakaian.
Menerusi satu hantaran di laman sosial, seorang wanita tampil memberi teguran khususnya kepada jemaah lelaki agar mengenakan pakaian yang sesuai lebih-lebih lagi ketika mahu beribadah.
Segelintir jemaah lelaki gemar mengenakan jubah berwarna putih untuk mengikut sunnah. -Gambar hiasan
Menurutnya, ada jemaah yang tidak perasan atau kurang mengambil berat sehingga pakaian dalam yang dipakai jelas mempamerkan corak kurang sesuai gara-gara fabrik jubah yang nipis.
"Tengok sekarang ni ramai kaum lelaki pakai baju begini (jubah) pergi tarawih.
"Mohon abang-abang, pakcik-pakcik, berhati-hati apabila nak rukuk dan sujud tu ye.
ARTIKEL BERKAITAN: Eh, sempat main mata” - Pemuda tergelak kamera live RTM lalu di depan ketika solat Jumaat, netizen syak jenis mudah terhibur
ARTIKEL BERKAITAN: Terdengar anak main jual ikan masa solat, mak urut dada tengok dapur jadi taman tema - “Malas cakap banyak... tutup air, sambung doa”
"Kalau kami orang pompuan, kami pakai kain dalam. Kalau anda semua (lelaki), saya tak tahulah," tulisnya pada hantaran berkenaan.
Wanita tersebut turut memuat naik sekeping gambar memaparkan seorang jemaah lelaki yang memakai seluar dalam bermotifkan kartun.
Tapi nasiblah pakai seluar dalam kartun. Kalau tak, terjuntai nanti.
NETIZEN
Menurutnya, bukan sekadar soal kekemasan atau kesesuaian semata-mata, tambahnya, dibimbangi situasi berkenaan boleh mengganggu tumpuan jemaah yang berada di belakang.
Perkongsian wanita berkenaan mengundang perhatian netizen yang bukan sahaja tampil dengan reaksi lucu, malah mereka turut berkongsi pengalaman masing-masing.
"Apalah nasib siapa yang solat belakang dia. Mesti tegang je perut.
Netizen meninggalkan komen lucu pada perkongsian berkenaan.
"Tak sah solat kalau aurat boleh nampak. Tapi nasiblah pakai seluar dalam kartun. Kalau tak, terjuntai nanti.
"Astaga.... habislah jemaah belakang tak boleh khusyuk.
"Jubah 10 riyal je tu. Macam-macam perangai orang pergi masjid," demikian komen netizen.
Sebagai panduan bersama, memetik laman Maktabah Al-Bakri, kita perlu sentiasa berusaha untuk memastikan pakaian yang dipakai semasa solat adalah tidak terlalu nipis dan sesuai dengan panduan aurat yang digariskan.