suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

[V] Pernah dikecam tak pakai baju masa punggah lori, pemilik Durian Papa Muda kembali ‘mengganas’ jual Musang King RM15 sekilogram

Hairul (kanan), menjelaskan kandungan media sosial mereka sekadar memaparkan di sebalik tabir operasi perniagaan.

STRATEGI pemasaran unik Durian Papa Muda kembali mencuri perhatian ramai sempena musim durian tahun ini.

Video terbaharu [Tonton Video] yang dikongsikan mereka di media sosial sekali lagi tular dan menjadi topik bualan hangat dalam kalangan netizen.

Menurut pemiliknya, Muhamad Hairul Hafiz, 29, kandungan yang dikongsikan sekadar memaparkan perjalanan operasi perniagaan dan bukannya sengaja dicipta untuk mempromosikan sebarang unsur tidak senonoh.

Terdahulu, perniagaan tersebut pernah mencetuskan fenomena dan tular gara-gara memaparkan sekumpulan peniaga lelaki bekerja tanpa memakai baju ketika mengendalikan jualan durian.

Tindakan itu mengundang pelbagai reaksi bercampur baur, termasuk kecaman hebat daripada segelintir pihak.

Namun di sebalik badai kontroversi tersebut, nama Durian Papa Muda terus melonjak naik dan mendapat sambutan luar biasa daripada pelanggan, sehingga mereka pernah berjaya meraih pulangan lumayan sekitar RM10,000 sehari.

Perniagaan buah Durian Papa Muda terus mendapat sambutan sehingga meraih keuntungan sekitar RM10,000 sehari.

"Rasanya biasa sahaja apabila golongan lelaki buka baju ketika bekerja di bawah panas terik. Kami pun tidak mahu baju terkena peluh ketika proses memunggah buah durian turun dari lori.

"Sepanjang melakukan jualan, kami berbaju. Bukan kami mahu mempromosikan tubuh badan atau unsur tidak senonoh. Cuma apa yang dipaparkan di media sosial disalahertikan sesetengah pihak.

"Tidak kisahlah jika ada yang mengecam. Kami seronok menunjukkan proses berniaga. Apa yang penting, kualiti buah kami sentiasa terjaga," jelasnya.

Hairul berkata, kritikan yang diterima sebelum ini tidak pernah mematahkan semangat mereka untuk terus berniaga, malah nama Durian Papa Muda kian mendapat perhatian pelanggan setiap kali tibanya musim durian.

ARTIKEL BERKAITAN: Abang sado ‘pelaris’ gerai durian, 1.5 tan raja buah terjual setiap hari... Ada waranti, kepuasan pelanggan paling utama

Menurutnya, populariti yang diraih bukan sahaja membawa pulangan lumayan, malah turut mengundang pelbagai cabaran sepanjang mengembangkan perniagaan tersebut.

Antara pengalaman sukar dilaluinya apabila ada individu tertentu cuba mengambil kesempatan ketika gerai durian mereka beroperasi di Kampung Datuk Abu Bakar Baginda, Kajang, Selangor menjadi tumpuan ramai.

"Paling sedih apabila orang yang kita percaya pun cuba mengambil kesempatan. Namun, saya anggap ia sebagai dugaan dalam perniagaan. Semua itu proses untuk saya belajar dan memperbaiki strategi.

Durian Papa Muda kini beroperasi di Laman Duta, Presint 15, Putrajaya.

"Perniagaan ini bukan melibatkan saya seorang sahaja. Semua kakitangan saya anggap seperti keluarga. Jadi, saya tidak boleh patah semangat apabila berdepan ujian.

"Biarlah saya sendiri yang menanggung kesusahan itu," luahnya.

Kini, Durian Papa Muda memulakan operasi di lokasi baharu iaitu di Laman Duta, Presint 15, Putrajaya bagi menyambut kehadiran musim durian yang kembali dinanti-nantikan penggemar raja buah.

  • Durian Papa Muda kembali tular sempena musim durian tahun ini.
  • Jualan durian mereka meraih keuntungan sekitar RM10,000 sehari.
  • Hairul menafikan video dikongsi bertujuan mempromosikan unsur tidak senonoh.
  • Perniagaan itu turut berdepan cabaran apabila ada pihak cuba mengambil kesempatan.
  • Musang King ditawarkan pada harga serendah RM15 sekilogram di Putrajaya.

Bagi memeriahkan lagi musim durian kali ini, Hairul turut memperkenalkan promosi durian Musang King pada harga serendah RM15 sekilogram.

"Ramai yang risau tentang harga apabila menyebut Musang King. Kami mahu semua dapat menikmati durian musim ini. Sebab itu kami menawarkan promosi.

"Bukan sekadar mahu mengaut keuntungan, kami juga mahu berkongsi rezeki," ujarnya.

Dalam pada itu, Hairul berkata dia juga sedang mencari pemborong dari seluruh negara bagi mendapatkan bekalan durian daripada kebun miliknya yang terletak di Pagoh, Johor.

Artikel Lain