suria

Terap budaya barat, pensyarah benar pelajar makan waktu kuliah... Tapi jangan naik lemak jamah nasi beriani!

Banyak perkara boleh dipelajari ketika bergelar pelajar institut pengajian tinggi. -Gambar hiasan

ADAB sewaktu menuntut ilmu perlu dijaga.

Terutamanya ketika pensyarah sedang menyampaikan kuliah, elakkan kelakuan yang boleh mengganggu tumpuan pelajar lain.

Bagaimanapun melalui satu hantaran di media sosial, seorang pensyarah dilihat memberikan kelonggaran kepada pelajarnya untuk menjamah makanan apabila sesi kuliah sedang berjalan.

Suasana kondusif penting supaya sesi kuliah dapat berjalan lancar. -Gambar hiasan

Namun, pensyarah itu memberikan peringatan supaya kebebasan yang diberikan tidak diambil kesempatan.

"Saya seorang pensyarah yang membenarkan pelajar makan di dalam bilik kuliah sewaktu menyampaikan syarahan. Tiada masalah, saya anggap ini gaya kuliah seperti di barat, cuma janganlah makanan berat seperti nasi beriani.

"Dulu sewaktu saya menuntut di sana, profesor siap bawa kopi dalam koleh masuk dewan kuliah. Tapi saya juga mengingatkan pelajar untuk sentiasa menghormati cara pensyarah lain, tak semua macam saya, jangan biadab.

ARTIKEL BERKAITAN: Mahasiswa naik geram pensyarah suruh lipat sejadah surau, makin sakit hati ditegur tak guna gelaran akademik... Kena panggil ‘doktor’ bukan ‘puan’

ARTIKEL BERKAITAN: Masuk IPT kena ‘pulau’, tiada rakan ajak siapkan tugasan... Mahasiswi ‘introvert’ tebal muka tagih simpati pensyarah

"Kalau pensyarah lain tak benarkan pelajar makan dalam kelas dia, jangan buat. Kalau pensyarah tak benarkan pelajar datang ke kelas dengan memakai selipar, jangan buat. Pada masa ini kalian seharusnya belajar proses adaptasi.

"Ada pensyarah yang tegas, ada pensyarah yang macam mak-mak dengan kita, wujud juga pensyarah yang langsung tak ambil kisah tentang kita," ujarnya.

Pelajar tak sempat sarapan, makan dalam dewan tak boleh... ramai terpaksa tahan lapar hingga tengah hari.

WARGA MAYA

Tambah pensyarah itu, pelajar seharusnya bijak membaca situasi dan menyesuaikan diri dengan keadaan semasa.

"Jangan berharap kehidupan di universiti untuk berubah mengikut keperluan anda sebagai pelajar. Perspektif seperti ini yang saya katakan sebagai pelajar tak matang, hanya mahu duduk dalam zon selesa.

"Pelajar cemerlang mampu beradaptasi dengan apa jua tempat," kata pensyarah itu menutup bicara.

Pelayar bertukar pandangan.

Melewati ke ruangan komen, warga maya dilihat kagum dengan sikap toleransi yang diketengahkan pensyarah tersebut.

"Bagus la pensyarah begini, ada kalanya kuliah mula pukul 8.30 pagi, berlangsung sampai empat jam. Pelajar tak sempat nak sarapan, makan dalam dewan tak boleh, jadi ramai terpaksa tahan lapar hingga tengah hari.

"Jika amalkan selalu boleh bawa mudarat seperti gastrik. Beruntung sangat ada pensyarah begini. Kalau tak pasti, boleh tanya pensyarah untuk minta kebenaran, mereka pasti ada budi bicara juga," kata warga maya.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain