suria

Baru nak ‘tangkap cintan’, tapi terkena bini orang! Pemuda terkejut wanita berkahwin galak main Omi

Tidak dinafikan ada individu yang sudah berkahwin masih 'galak' bermain aplikasi temu janji. -Gambar hiasan

APLIKASI temu janji bukan sesuatu yang asing dalam kalangan masyarakat di serata dunia, bahkan menjadi medium utama bagi sesetengah individu untuk mencari pasangan hidup.

Namun terdapat segelintir individu menyalahgunakan aplikasi ini termasuk mereka yang sudah berkahwin sama ada lelaki mahupun wanita.

Jadi jangan terkejut jika ada wanita yang sudah berkahwin juga 'galak' menggunakannya, sebagaimana perkongsian seorang lelaki di laman sosial.

dating apps

Ramai yang menggunakan aplikasi temu janji untuk mencari pasangan. -Gambar hiasan

Individu berkenaan turut memuat naik sekeping gambar memaparkan perbualan antara dia dengan wanita yang dikenalinya di aplikasi Omi.

Dalam perbualan tersebut, kenalan wanitanya mengaku sudah berkahwin dan meminta maaf, selain akur jika individu berkenaan enggan meneruskan perkenalan selepas membuat pengakuan jujur.

ARTIKEL BERKAITAN: Dikhianati cinta ‘Omi’, ibu tunggal betul-betul kena ‘sidai’ tengah panas... “Rasanya lelaki tu nampak dari jauh, mungkin dia tak minat”

ARTIKEL BERKAITAN: Dua bulan ’swipe’ Omi, peniaga nasi dagang Terengganu akhirnya jumpa jodoh... Kagum suami berani jumpa keluarga sebelum bercinta

"Yang dah kahwin tu janganlah main dating apps. Potong stim betullah. Selamat dia mengaku awal-awal.

"Bahaya... hari tu nak kena scam, kali ni bini orang pula. Seram!" tulisnya dalam ruangan kapsyen.

Berniat untuk memberi peringatan, individu berkenaan tampil membuat perkongsian di laman sosial agar perkara tersebut diambil pengajaran dan iktibar bersama.

Betul-betul low class kalau dah kahwin tapi masih main dating apps.

NETIZEN

"Minta yang mana dah ada laki atau bini tu, check sama phone. Aku dah mismatched ni. Niat aku nak bagi awareness buat hangpa (kamu) semua.

"Kot lah yang mana-mana main dating apps ni terjumpa, sama-sama nasihat dekat dia," tulisnya lagi.

dating apps 2

Individu yang sudah berkahwin sewajarnya menjaga batasan. -Gambar hiasan

Menjengah ruangan komen, rata-rata warga maya menyifatkan tindakan wanita tersebut hanya menjatuhkan maruah kaum Hawa apatah lagi sudah bergelar isteri orang.

"Betul-betul low class kalau dah kahwin tapi masih main dating apps.

"Aduh bini siapa ni? Akak kalau baca komen ni, sila bertaubat dan uninstall apps ni. Dah kahwin buat cara dah kahwin.

"Orang yang main dating apps ni sepatutnya orang single. Agak-agaklah kalau nak test market pun," demikian antara komen netizen.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain