suria

Comel, bijak... Anak Eyra Hazali raih pujian lancar baca surah Ad-Dhuha

Hayder merupakan anak sulung Eyra (kiri) dan Haziq.

SEMPENA sambutan Nuzul al-Quran pada 17 Ramadan lalu, anak kepada pelakon Eyra Hazali dan penjaga gol pasukan Harimau Malaya, Haziq Nadzli mencuri perhatian ramai apabila lancar membaca surah Ad-Dhuha pada usia enam tahun.

Dalam rakaman yang dimuat naik di platform TikTok Kinder Hive, Hayder memperkenalkan dirinya dengan penuh yakin sebelum memulakan bacaan.

"Assalamualaikum, nama saya Muhammad Hayder Qhalish bin Muhammad Haziq. Saya mahu membaca surah Ad-Dhuha," katanya. 

Hayder (kiri) menerima pujian ramai kerana lancar membaca surah al-Quran.

Dalam pada itu, pihak sekolah juga berharap agar usaha kecil dilakukan Hayder ini dapat membentuknya menjadi generasi yang mencintai al-Quran. 

"Alhamdulillah semoga usaha kecil ini menjadi asbab lahirnya generasi yang mencintai al-Quran, berakhlak mulia dan menjadikan al-Quran sebagai panduan hidup. 

Rakaman tersebut turut menerima pelbagai pujian netizen yang kagum dengan kebolehan dan akhlak Hayder.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak berdengkur ketika tidur, Eyra Hazali tak sangka Endra hidap tonsil tahap empat… Terpaksa jalani pembedahan

ARTIKEL BERKAITAN: Eyra Hazali ajar anak tutup mata masuk tandas wanita, elak rasa tak selesa pengguna lain

"Alhamdulillah Hayder hebat pandai. Semoga berjaya di dunia dan akhirat, menjadi kebanggaan ibu ayah. 

"Mula-mula dulu menangis nak pergi sekolah tetapi inilah hasilnya. 

"Comel, bijak pula tu. Dah besar Hayder, tahniah anak soleh," tulis netizen. 

Untuk rekod, Eyra dan Haziq bernikah pada 1 November 2019.

Selain Hayder, pasangan ini turut dikurniakan dua orang lagi cahaya mata lelaki iaitu Muhammad Endra Haqimie, 4, dan Muhammad Hud Ezqandar, 2 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain