TAWARAN merakamkan lagu raya berjudul Raya Yay Yay menjadi satu peluang yang cukup berharga buat penyanyi asal Indonesia, Farel Prayoga.Kata Farel, 16, meskipun berdepan cabaran menyebut beberapa perkataan bahasa Melayu, namun pengalaman menjalani proses rakaman itu merupakan sesuatu yang baharu buat dirinya. Apatah lagi, dia diberi peluang untuk menyanyikan lagu tersebut bersama penyanyi Dafi dan pempengaruh, Ryan Bakery.Farel teruja diberi peluang rakam lagu raya. “Saya belum pernah menghasilkan lagu raya memandangkan di Indonesia lebih fokus kepada lagu bulan Ramadan. Apabila diberikan peluang, sudah pasti saya tidak mahu melepaskannya.“Ada beberapa perkataan yang saya tidak faham tetapi ia agak lucu. Sebab itu saya gembira dapat sama-sama terlibat dalam projek ini memandangkan banyak bahasa baharu yang dipelajari," katanya.Sementara itu, bagi Dafi, 38, gabungan mereka bertiga dalam lagu ini memberi satu kelainan kerana masing-masing mempunyai karakter yang berbeza.ARTIKEL BERKAITAN: Aidilfitri bukan untuk bermewah-mewah, Syasya Rizal kongsi mesej penting dalam ‘Inikan Hari Raya’ ARTIKEL BERKAITAN: Lagu raya ‘vibe’ berbeza, Najmi Niery tidak mahu lepaskan kepada penyanyi lain... Gementar pendengar buat perbandingan“Sebenarnya rakaman lagu ini dilakukan secara tidak sengaja. Apabila pihak pengurusan menawarkan peluang untuk bergandingan bersama Ryan dan Farel, ini merupakan kesempatan yang baik untuk saya.“Saya sendiri belum pernah bergandingan dengan dua selebriti ini dan banyak perkara baharu yang saya lalui sepanjang proses rakaman berlangsung," ujarnya.Gandingan Ryan, Farel dan Dafi beri kelainan dalam Raya Yay Yay. Menurut Ryan pula, lagu ini sangat dekat dengan jiwanya yang sentiasa ceria dan gembira selain mahu menyebarkan semangat positif kepada pendengar.“Aidilfitri selalu digambarkan dengan kemeriahan dan keseronokan berkumpul bersama saudara-mara serta sahabat handai. Kemeriahan itulah yang diterjemahkan oleh pencipta lagu ini.“Semangat itu jugalah yang cuba kami gambarkan menerusi muzik video lagu ini. Kalau boleh, saya mahu semua orang menyambut lebaran dengan suasana ceria dan gembira," ceritanya.Lagu ini merupakan ciptaan bersama Iqie Hugh, Omar K dan John Jeeves serta telah dilancarkan pada 27 Februari lalu. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube