suria

Bakal pengantin monyok fikirkan jari tak cantik masa nikah, sekali wali jadi penyelamat... saat akhir hadir pakaikan inai!

Adik-adik lelaki Rosyahfikah memakaikan inai di jarinya.

SEBELUM majlis pernikahan diadakan, pasangan pengantin pastinya sudah melengkapkan 'check list' yang dibuat termasuk menempah slot untuk melukis inai.

Inai biasanya dipakai sehari atau dua hari sebelum majlis berlangsung bagi menambahkan seri pengantin.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak lelaki umur 11 tahun dah boleh diharap mandikan bayi baru lahir, masak dan jaga ibu berpantang - “Saya sangat tegas, garang”

ARTIKEL BERKAITAN: Zaman dah maju, tak sangka lelaki ini masih setia di pondok... masak guna dapur kayu!

Bagaimanapun, tidak semua yang dirancang itu berjalan seperti yang diinginkan.

Bercerita kepada mStar, Rosyahfikah MRuslan berkata, dia tidak menyangka perancangan awal yang dibuat sebelum majlis pernikahan akan tergendala.

Lebih menyedihkan apabila ia hanya dimaklumkan sejam sebelum majlis berinai dijadualkan.

"Malam sebelum nikah pun dah confirm dengan dia (pelukis inai). Tiba-tiba pagi tu dia call beritahu ada emergency dan terpaksa batalkan inai.

"Dia cakap kena bawa saudara ke hospital. Awalnya dia tanya kalau boleh datang lewat sikit tapi dia sendiri tak boleh janji pukul berapa boleh datang,

Cincin disarungkan ke tangan Rosyahfikah.

Suami menyarungkan cincin di jari manis Rosyahfikah.

"Saya bernikah pukul 11 pagi dan kena gerak dari rumah sebelum pukul 10... memang tak dapat nak tunggu.

"Masa tu dah pasrah la nikah tanpa pakai inai, saya pun tak sampai hati nak minta pelukis inai datang kerana bimbang dia kelam kabut nak selesaikan masalah dia.

"Jadi saya pun dengan terpaksa rela hati kata 'OK', no need inai tapi dalam hati sedih juga kerana inai tu kan jadi penyeri pengantin," ujar anak kelahiran Tawau, Sabah itu.

Kata anak kedua daripada tujuh beradik itu, situasi yang terjadi tanpa diduga menyebabkan wajahnya sedikit murung, namun dia terpaksa melebarkan senyuman supaya tidak diketahui keluarga.

Adik beradik Rosyahfikah menemaninya ketika majlis pernikahan di pejabat agama.

Adik beradik Rosyahfikah menemaninya ketika majlis pernikahan di pejabat agama.

"Family dah nampak muka saya monyok masa sedang make-up. Semasa tunggu adik-beradik yang lain siap berdandan, saya pun bergambar.

"Tiba-tiba, semasa tengah ambil gambar tu, adik lelaki saya panggil dan minta saya duduk. Dia cakap dia nak inaikan jari saya.

"Mulanya, saya ingatkan dia saja nak buat lawak, tapi rupa-rupanya mereka dah cari inai tu. Mereka minta dengan jiran-jiran sebab kedai tak buka lagi dan Alhamdulillah dapat.

"Tapi inai tu tidak sesuai untuk jari, sebab memang dikhaskan untuk kuku," ceritanya sambil menyatakan 'projek' tersebut dimulakan dengan adik-adik lelakinya meletakkan salotep pada jari.

Rosyahfikah bersama adiknya, Rosyam di malam berinai untuk hari persandingan.

Rosyahfikah bersama adiknya, Rosyam di malam berinai untuk hari persandingan.

Dia yang bernikah pada 12 November 2021 memberitahu, keprihatinan yang ditunjukkan adik lelakinya itu sangat menyentuh jiwanya.

"Saya pun tak terfikir mereka ada idea macam tu untuk kakak dia... terharu juga la. Alhamdulillah, hasil tangan adik-adik lelaki.

Mungkin di mata orang lain benda yang dilakukan adik-adik saya tidak seberapa tapi for me sangat bermakna.

ROSYAHFIKAH MRUSLAN

"Masa tu, adik perempuan dan kakak ada juga tapi mereka tengah bersiap, kebetulan adik-adik lelaki siap awal. Saya memang keluar air mata sebab terharu sangat dengan cara mereka nak gembirakan saya.

"Mungkin di mata orang lain benda yang dilakukan adik-adik saya tidak seberapa tapi bagi saya sangat bermakna," katanya sambil menambah salah seorang yang memakaikan inai kepadanya adalah wali nikahnya.

Ujarnya yang juga artis rakaman ZYM Music, bapanya sudah meninggal pada tahun 2012, oleh itu adik keempatnya, Rosyham MRuslan yang berusia 20 tahun menjadi walinya.

Cover single baharu Rosyah Ruslan.

Cover single baharu Rosyah Ruslan.

Bercerita tentang adik lelakinya itu, menurut alumni Politeknik Kuching dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal (Automotif) ini, adiknya bekerja sebagai operator kilang Flextronic di Senai, Johor.

Mengakhiri ceritanya, isteri kepada Nasrullah Abdullah, 30, turut menyatakan dia sudah mengeluarkan single bertajuk Takkan Kembali.

"Ikutkan lepas kahwin, saya akan ke Johor lagi untuk selesaikan kerja dengan produksi ZYM. Tapi sebulan lepas majlis pernikahan, Alhamdulillah saya hamil.

"Jadi terpaksa hold dulu, lagi pula pembawaan budak agak teruk," jelasnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain