suria

[VIDEO] Kak Long dah minta maaf, giliran wakil 7Eleven pula buka mulut... dedah kisah sebenar, CCTV ada bukti segalanya!

SELEPAS seorang wanita yang dikenali sebagai Kak Long menerima kecaman bertubi-tubi daripada netizen gara-gara 'mengamuk' di sebuah outlet 7 Eleven, terbaharu, seorang wakil daripada kedai serbaguna itu tampil meminta orang ramai berhenti bertindak sedemikian.

Menerusi satu perkongsian video, wakil tersebut berkata, kejadian yang berlaku pada malam Rabu lalu hanyalah salah faham antara stafnya dengan pelanggan.

"Di sini saya merayu kepada semua agar tidak mengecam ibu kepada adik ini," ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Kecoh ibu buat live mengamuk anak dituduh mencuri... kurang 24 jam dihentam kaw-kaw, Kak Long ke lokasi kejadian semula, betul ke bukan sebab marketing?

Menerusi video berdurasi 1 minit 11 saat yang dimuat naik di akaun TikTok 7elevenmalaysia_official, wakil itu juga berkata, kedua-duanya sudah bertemu empat mata dan saling bermaaf-maafan.

"Ibu kepada adik ini dan pekerja kami telah bertemu dan saling bermaafan, juga telah mengakui kesilapan serta salah faham ini," katanya lagi.

Dalam pada itu, wakil tersebut turut menjelaskan perkara sebenar yang terjadi sekaligus meleraikan persoalan yang timbul ekoran tularnya video berkenaan.

"Adik ini datang ke 7 Eleven bersama tiga rakannya dan rakannya telah memaklumkan kepada pekerja saya bahawa adik ini mencuri. Jadi pekerja saya telah bertanya kepada adik ini.

"Adik ini telah berasa takut dan menangis lantas dia berlari keluar mendapatkan ibunya.

amuk 1

Video tular insiden wanita yang dikenali sebagai Kak Long 'mengamuk' gara-gara tidak berpuas hati staf 7 Eleven menuduh anaknya mencuri.

"Dalam pada itu, kami telah membuat semakan melalui kamera litar tertutup (CCTV) dan mendapati adik ini tidak mencuri dan tidak ada barang yang hilang," jelasnya lagi.

Terdahulu, kecoh di media sosial susulan tersebarnya video memaparkan seorang wanita mengamuk di kedai serbaneka, 7-Eleven gara-gara tidak berpuas hati anak lelakinya dituduh mencuri.

Video tersebut tular selepas wanita berkenaan membuat siaran langsung (live) di akaun TikTok miliknya semasa kejadian berlaku pada malam Rabu (2 Mac).

Kami telah membuat semakan melalui kamera litar tertutup (CCTV) dan mendapati adik ini tidak mencuri dan tidak ada barang yang hilang.

WAKIL 7 ELEVEN

Bagaimanapun, wanita tersebut dikecam hebat kerana bertindak biadab dengan meninggikan suara serta dilihat enggan mendengar penjelasan daripada staf kedai serbaguna berkenaan.

Namun kurang daripada 24 jam selepas 'amukan' berkenaan, wanita itu tampil membuat permohonan maaf kepada staf yang terlibat dan sekali lagi menyiarkan pertemuannya menerusi siaran langsung (live) di Facebook.

Sementara itu menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa lega kerana insiden berkenaan diselesaikan dengan baik.

amuk 2

Selepas menerima kecaman hebat netizen, wanita berkenaan tampil membuat permohonan maaf.

"Alhamdulillah, bermaaf-maafan amat indah.

"Apa pun, puji tindakan 7Eleven. Siap cakap jangan kecam ibu tu. Terbaik team 7Eleven.

"Penjelasan murni. Terima kasih 7Eleven," demikian antara komen netizen.

Video penjelasan tersebut meraih melebihi 1 juta jumlah tontonan dalam tempoh empat jam ia dimuat naik.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain