HANYA kerana memotong sebuah kenderaan di jalan raya sambil membunyikan hon, pemandu kereta terbabit tiba-tiba berang sebelum mula memaki hamun. Menerusi satu video rakaman dashboard sebuah kenderaan yang dikongsi di laman Twitter @MalaysiaVirall pada Khamis, kejadian berlaku pada tengah hari Ahad. Insiden di Jalan Duyong- Bukit Katil menghala persimpangan lampu isyarat Duyong-Bukit Baru, di Melaka. ARTIKEL BERKAITAN: "Berapa kali dia nak kena marah?" - Vellfire remuk dihentam, pemiliknya ada alasan sendiri ajak pemandu lori lepak mamak ARTIKEL BERKAITAN: Kecoh sama lantang 'gaduh' dengan Pak Arab, 2 gadis Malaysia berdepan 'drama' salah naik kereta api di Mesir - "Merasa tidur dalam tren orang kaya" Menurut pemilik video bernama Saiful Yusri, kejadian berpunca apabila dia memintas kereta Proton Saga yang dipandu perlahan oleh seorang lelaki berusia yang ketika itu kelihatan sedang menggunakan telefon bimbit. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) "Puncanya kerana potong kereta dia dan hon sekali sebab dia memandu sangat perlahan dan guna telefon. Tak puas hati pasal tu, dia terus maki hamun. "Lepas itu dia tunjuk jari tengah bagai depan isteri dan anak dalam kereta. Dah suruh dia istighfar atau mengucap banyak-banyak sebab orang tua dan berkopiah. "Jadi member tu (pakcik berkopiah) pun lagi hot lah. Mula-mula malas nak layan, yang berdosanya kau," katanya. Pakcik berkopiah memandu kereta Proton Saga. Namun, pemuda berusia 38 tahun itu tidak boleh mendiamkan diri sebaik 'pakcik berkopiah' itu mengeluarkan kata-kata kesat terhadap isterinya yang berada di tempat duduk penumpang hadapan. "Padahal isteri saya senyap je dan tak bersuara, tu buatkan rasa panas. Bagi saya, ia adalah gangguan seksual dan sebagai suami, aku tak nak orang cakap aku dayus. "Jadi saya berhentikan kereta dan nak bersemuka dengan dia. Dan masa tu masih panggil dia pakcik okay. Apabila tanya kenapa nak kaitkan isteri saya dalam hal ni?" katanya yang merujuk kepada rakaman menunjukkan 'pakcik berkopiah' mengeluarkan tangannya dari tingkap kereta. Menerusi klik video kedua berdurasi 39 saat pula memaparkan Saiful bersama 'pakcik berkopiah' itu bersemuka di hadapan kereta. Pakcik berkopiah (kanan) melakukan provokasi terhadap Saiful. Dia kelihatan tenang, namun sebaliknya lelaki berkenaan kelihatan agresif dan beberapa kali menggunakan tangan menghala ke arah mukanya beberapa kali. "Orang tua berkopiah tu just mumbling for nothing and keep provoking me by calling me bodoh dan binatang... tapi kalau saya bertindak dengan lakukan sesuatu yang bodoh, pasti orang akan nampak saya yang jahat sebab dia orang tua berkopiah. Tunjuk jari tengah bagai depan isteri dan anak aku. Aku suruh dia istighfar atau mengucap banyak-banyak sebab orang tua dan berkopiah. SAIFUL YUSRI "Saya hanya kuatkan semangat untuk tak buat benda yang sia-sia dan tidak mempedulikan provokasi dia tu. Nampaknya orang tua ni tak putus asa nak provokasi,” tambahnya. "Akhirnya saya decide nak blah dari situ tapi dia boleh blocking pintu driver dan tak bagi masuk. Bijaknya isteri saya serta-merta beralih ke driver seat dan suruh saya masuk pintu sebelah," tambahnya. Laporan polis yang dibuat Saiful berhubung kejadian. Walaupun beberapa kali memberitahu keretanya dilengkapi kamera dashboard yang merakam kejadian, namun tidak menghalang lelaki berkenaan untuk terus bersikap biadab. "Anak lelaki saya berusia 10 tahun, Rayyan tanya kepada isteri 'Kenapa dengan atok tu?' Isteri beritahu atok tu biadab dengan abah. Anak saya masih panggil dia atok okay," kata Saiful sambil menambah lelaki itu sekali lagi menunjukkan isyarat lucah menggunakan jari tengah sebelum mereka beredar. Selain dua klip video rakaman dashboard, Saiful turut membuat laporan polis pada hari sama berhubung kejadian yang berlaku. Antara komen-komen netizen. Rata-rata netizen menyelarkan tindakan biadab 'pakcik kopiah' yang panas baran, sambil memuji pemuda itu yang bersikap tenang. "Steady bang, tinggi kesabaran kau." "Imej tak melambangkan perangai. Sabar ajelah." "Senang cerita pakaian tak melambangkan kita. Kita baik kalau hati kita baik. Simple," demikian antara komen-komen netizen. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI