suria

Jurugambar mengeluh ada halangan, gangguan tak patut wujud ketika rakam detik bersejarah pengantin

Tindakan koordinator majlis (kanan) dikatakan mengganggu jurugambar merakam gambar pengantin

WALAUPUN profesion jurugambar perkahwinan tidak berbahaya seperti pasukan keselamatan, namun mereka juga berdepan dengan pelbagai risiko yang menggerunkan.

Mana tidaknya, mereka bertanggungjawab penuh untuk merakam memori indah pasangan mempelai yang baru melangsungkan perkahwinan.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak sabar nak disatukan, pelajar sedang hangat bercinta rancang kahwin lari di Siam - “Moga ada anak nanti, tak ikut jejak langkah korang”

ARTIKEL BERKAITAN: Anak tanya pendapat bapa tentang kahwin ‘no hantaran’, lega calon suami bertegas nak beri juga sebab cinta

Jika ketinggalan, pastinya kenangan manis itu hanya kekal tersemat di hati.

Maka tidak hairanlah apabila terdapat jurugambar perkahwinan terpaksa meminta orang sekeliling untuk berada jauh daripada pengantin pada masa tertentu ketika majlis berlangsung.

Berkongsi apa yang dialami ketika menjalankan tugas sebagai jurugambar perkahwinan, pemilik akaun Twitter, Wan Amir (@wanamirazman) meluahkan rasa yang kecewa dengan sikap koordinator majlis perkahwinan secara am.

Biasanya dalam sesebuah majlis terutama yang dibuat di dewan, koordinator sentiasa 'berkepit' dengan pengantin dan bagi pihak jurugambar, sukar untuk mereka merakam gambar 'candid' pasangan pada hari bersejarah.

VIDEO

Menerusi sebuah video berdurasi 42 saat yang dikongsi, seorang koordinator dilihat bukan hanya berada di hadapan pasangan mempelai malah memegang kain pengantin perempuan ketika sedang menuruni tangga.

Tindakannya itu menyebabkan jurugambar tidak dapat merakamkan aksi pasangan berkenaan sedang meninggalkan pelamin untuk ke tempat hidangan.

Disebabkan itu, Amir memuat naik status di Twitter miliknya.

"Behind the scenes as a wedding videographer. Dear wedding coordinator (generally). I know you mean well, but these moments is very important to us.

Koordinator majlis itu dilihat melintasi pasangan pengantin yang sedang bergerak ke meja makan

Koordinator majlis dilihat melintasi pasangan pengantin yang sedang bergerak ke meja makan.

"And I am sure the bride and groom are taking extra steps to not trip on their wedding day already," ciapnya.

Menerusi video yang dikongsikan, kata-kata Amir 'jangan berada di situ... bagi dia jalan saja' ditujukan kepada koordinator majlis berkenaan dalam bentuk dendangan nyanyian.

Ekoran itu, videonya tular dan ditonton 196,000 pengguna Twitter dan dikongsi lebih 3,600 pelayar.

Sengsara nak capture that beautiful candid moments bila ada orang asyik melilit melingkau berhampiran pengantin.

NETIZEN

Pengalaman yang dikongsikannya itu mendapat pelbagai reaksi netizen dan rata-rata mempersoalkan tugas koordinator berkenaan.

"So true! Sengsara nak capture that beautiful candid moments bila ada orang asyik melilit melingkau berhampiran pengantin. Kacau!

"Memang betul, memang selalu ada 'konon-konon' jagalah takut pengantin jatuhlah. Patutnya awal-awal design la wedding dress atau tangga pelamin yang tak susah sangat turun atau naik," kata salah seorang netizen.

Antara komen netizen.

Antara komen netizen.

"Penyibuk! Kononnya dialah terpaling function dalam majlis tu... terpaling nak pastikan bride tu selamat, alahai," ciap seorang lagi pelayar Twitter.

Bagaimanapun, seorang pelayar Twitter mempersoalkan kenapa Amir tidak meminta koordinator majlis itu bergerak ke tepi.

"Just wondering kenapa tak advice or bagitahu je koordinator tu? At least dia tahu," ajunya.

Persoalannya itu kemudian dijawab oleh salah seorang netizen yang menyatakan 'nak advice time moment genting macam ni dah tak sempat. videographer dengan photographer pula jauh, takkan nak jerit suruh ke tepi'.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain