suria

Umpama samseng jalanan! Selepas kecoh pemandu Saga tunjuk isyarat lucah, abang baju biru dedah 3 sebab pakcik berkopiah naik angin

Yusri (baju biru) bersemuka dengan pakcik berkopiah dalam kejadian pada 27 Februari.

GARA-gara berkongsi video mengenai seorang 'pakcik berkopiah' yang mengeluarkan kata-kata kesat dan menunjukkan isyarat lucah dalam satu insiden di jalan raya, seorang pemuda dikritik kononnya 'play victim' dengan cuba menunjukkan kesalahan orang lain.

Perkara itu diluahkan pemuda berkenaan susulan dua siri video yang dirakam menerusi kamera dashboard keretanya menjadi tular di media sosial.

Seorang pengguna Facebook bernama Yusri Othman pada Khamis berkata, dia menerima banyak komen yang hanya menunjukkan sisi tidak baik mengenai pakcik berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Hon sebab pandu perlahan sambil guna telefon, pakcik berkopiah bengang mencarut siap tunjuk isyarat lucah... anak pun pelik 'kenapa atok tu'!

"Ramai komen mana video, kononnya saya hanya play victim dan tunjuk benda yang tak baik pasal pakcik tu.

"Kononnya mesti saya ada buat sesuatu yang membuatkan pakcik tu marah sampai dia boleh mengaibkan isteri saya," katanya di halaman Facebook.

Menerusi posting sama, turut dimuat naik dua video penuh rakaman dashboard sebelum kejadian.

Menurut kenyataan lelaki itu berusia 38 tahun itu, pertamanya, dia telah memotong dua kereta yang dipandu amat perlahan dengan kelajuan kurang 60 kilometer sejam.

"Saya potong kiri kereta... ada dua lorong. Sambil potong dua kereta termasuk kereta pakcik, saya hon kan kereta dia yang ketika itu sedang bercakap menggunakan telefon.

"Mungkin suara saya kuat tapi saya tak maki dia. Kalau dengar bunyi tingkap buka, pasal saya tunjuk phone kat dia," katanya.

pakcik kopiah carut 6

Pakcik berkopiah memandu kereta Proton Saga.

Keduanya, Yusri berkata, pakcik berkopiah itu mendakwa kereta yang dipandunya telah menghimpit kenderaan lelaki tersebut.

"Tapi dia yang kejar saya dari belakang dan cuba memotong kiri juga. Saya tak rasa saya himpit sebab saya jenis sayang kereta.

"Ketiga, masa pakcik stop sebelah kiri kereta saya, (padahal kalau dia nak masuk kiri boleh terus, tiada halangan) masa ni dia marah-marah, tak ada maki lagi.

Mungkin salah saya yang lain suruh buang songkok sambil suruh mengucap. Itupun selepas dia tunjuk isyarat lucah.

YUSRI OTHMAN

"Saya hanya cakap pakcik guna phone semasa memandu. Saya buka tingkap sikit dan tutup balik. Yelah, masa pandemik ni kena jaga sebab pakcik tu pun tak pakai mask.

"Kalau dengar kenapa saya beristighfar, pasal dia telah menunjukan isyarat lucah depan keluarga saya," katanya sambil menambah dia bersama isteri dan dua anak berusia 10 dan tujuh tahun berada di dalam kereta ketika kejadian.

pakcik kopiah carut 9

Penjelasan Yusri susulan kejadian tular.

Dalam kejadian di Melaka pada 27 Februari lalu, tindakan Yusri membunyikan hon dan memotong sebuah kereta Proton Saga menyebabkan pemandunya berang dan memaki hamunnya termasuk menunjukkan isyarat lucah.

Yusri mendakwa pemandu berkenaan, yang digambarkan sebagai pakcik berkopiah memandu perlahan sambil menggunakan telefon bimbit.

Pakcik berkenaan turut dikatakan mengeluarkan kata-kata kesat membabitkan isterinya, selain menunjukkan isyarat lucah.

yusri othman pakcik kopiah 2

Yusri menyenaraikan tiga perkara yang mungkin menimbulkan kemarahan pakcik berkopiah.

Sementara itu, Yusri menyedari tindakannya meninggikan suara pada pakcik berkopiah itu, namun menegaskan bahawa dia tidak memaki hamun lelaki berkenaan.

"Satu ayat pun saya tak ada maki pakcik tu depan-depan. Mungkin salah saya yang lain suruh buang kopiah sambil suruh mengucap. Itupun selepas dia tunjuk isyarat lucah.

"Saya bukan jenis penyabar dan juga panas baran tapi alhamdulliah Allah bukakan hati saya untuk fikir panjang," katanya sambil menambah perlu menjaga pertuturannya dengan baik kerana memberi contoh yang baik kepada anak-anak.

Yusri berkata, pakcik itu menghubungi adiknya dua hari lalu dan didakwa enggan mengaku kesilapannya.

"Kami sekeluarga masih ada timbang rasa. Saya nak pakcik minta maaf pada isteri saya dan anak-anak pasal kata-kata dia tu. Kalau saya ada salah, saya pun akan minta maaf," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain