suria

Kecil tapi bahaya! Lelaki cemas, tak sangka pelekat getah boleh buat stereng terbakar dalam masa singkat

Suhaimi menyedari bahawa pelekat kereta mula membakar stereng kereta sejurus dia mahu keluar dari kereta.

MALANG tidak berbau.

Begitulah ungkapan sesuai bagi menggambarkan situasi lelaki ini apabila pelekat getah yang dilekatkan pada cermin kereta memantulkan cahaya pada stereng sehingga menyebabkan kebakaran.

ARTIKEL BERKAITAN: Bermula bau hangit, gadis kongsi detik cemas kereta tiba-tiba terbakar nyaris ragut nyawa 6 sekeluarga - “Biarlah ada seorang teman pemandu”

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas dua tahun insiden kereta terbakar, Lamborghini ala ‘Batman’ Raffi Ahmad keluar bengkel... kembali beraksi di jalanan

Menurut Suhaimi Osman, 42, pelekat getah lutsinar berbentuk bulat itu dilekatkan pada bahagian hadapan kanan keretanya dan memantulkan cahaya matahari yang tajam seperti kanta terkena tepat pada stereng.

Jelasnya yang mesra disapa Suhaimi, insiden berlaku jam 9.50 pagi di hadapan pasar raya 99 Speedmart di Kampung Tambalang, Tuaran, Sabah, pada Sabtu lalu.

“Saya dan anak berusia empat tahun nak pergi kedai. Saya parking kereta betul-betul menghadap matahari yang agak terik pagi tu dekat depan pintu kedai.

“Saya tak perasan pelekat tu sebenarnya sudah mengeluarkan cahaya tajam sampai boleh menyebabkan kebakaran.

“Ketika saya matikan enjin kereta sambil memasang tali mask untuk keluar dari kereta, saya pegang stereng. Masa tu la saya rasa pelik dan tapak tangan saya pedih,” jelasnya.



Pelekat getah lutsinar ini dikatakan mengeluarkan cahaya sehingga boleh menyebabkan kebakaran.

Bercerita lanjut, lelaki yang menetap di Kampung Pulau Bolong, Tuaran ini, mengaku terkejut dan agak panik dengan keadaan itu.

Dia kemudian melihat terdapat kesan tompokan getah dari stereng yang telah cair melekat pada tapak tangannya.

Nasib baik saya sempat tengok sebelum perkara jadi lebih buruk. Sedangkan dah dua bulan saya tampal pelekat tu sebelum ni OK saja.

SUHAIMI

Tambah Suhaimi, dia segera mencari punca berlakunya keadaan itu dan setelah 'dikaji' ia berlaku disebabkan cahaya matahari terpancar tepat pada pelekat lutsinar di cermin kereta.

“Nasib baik masa saya pegang stereng terus rasa pedih. Bila saya tengok tapak tangan memang ada kesan tompok hitam.

“Saya cuba gerakkan stereng, sama juga terus keluar asap dekat kawasan lain. Saya terus start enjin dan alih kereta membelakangi matahari,” jelas Suhaimi yang menggunakan kereta jenis Nissan Almera ini.

Jelas bapa kepada empat cahaya mata ini, dia berasa lega kerana hanya berlaku kebakaran kecil dan menyedari kejadian itu lebih awal sebelum keluar kereta.



Kebakaran pada stereng meninggalkan kesan tompokan hitam pada tapak tangan lelaki ini.

Lelaki yang mempunyai perniagaan sendiri ini juga tidak menyangka pelekat getah yang digunakan untuk menyokong alat meletak telefon bimbit ini boleh menjadi salah satu punca kebakaran kenderaan.

Susulan video yang tular sehingga meraih 1.6 juta jumlah tontonan, dia menerima banyak pesanan dan tip di ruangan komen oleh netizen.

“Nasib baik saya sempat tengok sebelum perkara jadi lebih buruk. Sedangkan dah dua bulan saya tampal pelekat tu sebelum ni OK saja.



Suhaimi tidak menyangka pelekat getah boleh menjadi salah satu punca kebakaran kenderaan.

“Saya post video tu sebagai peringatan saja untuk semua. Saya tak nak benda macam ni terjadi dekat orang lain juga yang ada kereta.

“Ramai juga yang bagi tip dan nasihat dekat komen siap suruh saya gelapkan tinted kereta. Ada juga yang berterima kasih share video tu untuk peringatan orang lain juga,” ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain