suria

Bermula bau hangit, gadis kongsi detik cemas kereta tiba-tiba terbakar nyaris ragut nyawa 6 sekeluarga - “Biarlah ada seorang teman pemandu”

Kereta Proton Exora milik bapa Afiqah musnah dijilat api dalam insiden yang berlaku berhampiran Tol Skudai, Khamis lalu.

"SEMUANYA berlaku pantas, dalam sekelip mata!"

Demikian kata Afiqah Annas ketika bercerita mengenai insiden yang menimpa dia dan keluarganya, petang Khamis lalu.

Mampu mengingati dengan jelas detik sebelum kereta yang mereka naiki disambar api secara tiba-tiba, gadis ini berkata mereka sekeluarga masih lagi trauma dengan kejadian yang hampir meragut nyawa itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Jurugambar bengang! Kongsi punca kereta terbakar, rakam video 4 saat pun kena hentam – “Yang tak faham sama macam kepala charger”

ARTIKEL BERKAITAN: Baru 4 hari pindah, isteri pula hamil 4 bulan... pengantin muda terkedu lihat kereta terbakar di depan rumah, nasib baik ayah sanggup redah!

Menurut gadis yang senang disapa sebagai Afiqah, ketika kejadian yang berlaku sekitar pukul 3 petang itu, mereka sekeluarga dalam perjalanan dari Felda Palong, Negeri Sembilan menuju ke rumah salah seorang kakaknya di Pasir Gudang, Johor.

"Kami berenam iaitu saya, ayah, kakak, abang ipar dan dua anak buah naik kereta Proton Exora milik ayah. Ketika itu abang ipar yang memandu.

"Ketika tiba berhampiran Plaza Tol Skudai, tiba-tiba saya macam terbau seperti benda hangit. Masa tu ayah dan kakak tertidur sebab kepenatan, saya masih terjaga.

TERBAKAR 2

Abang ipar Afiqah yang memandu MPV itu sempat memberhentikan kenderaan di lorong kecemasan.

"Saya terus tengok cermin sisi sebelah driver. Masa tu dah nampak asap keluar di bahagian but kereta. Saya beritahu abang ipar dan dia ingatkan mungkin sebab brek tangan tak diturunkan, rupa-rupanya dah turunkan.

"Terus abang ipar bagi signal ke tepi, dan suasana dalam kereta sangat panik. Elok sampai tepi, enjin kereta terus mati sendiri. Kami berenam cepat-cepat keluar. Mujur sempat tarik anak buah yang duduk di seat belakang sekali," ujar gadis berusia 21 tahun ini.

Afiqah yang juga anak bongsu daripada lima beradik ini berkata, mereka tidak sempat menyelamatkan barang-barang serta pakaian kerana api marak begitu pantas.

Inilah kejadian pertama keluarga kami alami... selalu tengok dalam berita je. Masa dapat keluar kereta, tangan masih 'shaking'.

AFIQAH ANNAS

"Semuanya terjadi dalam tempoh dua minit. Ketika itu apa yang kami fikir adalah selamatkan nyawa dulu. Beg pakaian, laptop dan dua telefon bimbit tak sempat diselamatkan," ujarnya yang juga penuntut di sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di Selangor.

Tambah Afiqah, dia bersyukur kerana mereka sekeluarga terselamat walaupun masih terkejut dengan insiden berkenaan.

"Inilah kejadian pertama keluarga kami alami... selalu tengok dalam berita je. Masa dapat keluar kereta, tangan masih 'shaking'.

"Alhamdulillah ada beberapa pengguna jalan raya yang prihatin tolong call PLUS dan bomba. Ada yang tumpangkan ayah dan anak buah ke Tol Skudai sebelum kami dijemput oleh kakak.

TERBAKAR 3

Beginilah keadaan kereta bapa Afiqah selepas insiden yang berlaku pada Khamis lalu.

"Memang sampai sekarang trauma. Ayahlah paling terkesan sebab itu kereta dia. Tak sangka, kejadian berlaku lagi 20 minit nak sampai. Kami memang buat pemeriksaan kereta sebelum bergerak. Tapi benda nak jadi.

"Tak tahu apa puncanya terbakar... sekarang masih dalam siasatan polis. Namun kami reda.

"Insiden ini mungkin ada hikmahnya. Apa yang boleh saya kongsikan, sebelum bergerak, periksa dahulu kenderaan masing-masing. Paling penting, elakkan lelap dalam kereta. Biarlah ada seorang yang teman pemandu," ujarnya lagi.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain