suria

Selepas dua tahun insiden kereta terbakar, Lamborghini ala ‘Batman’ Raffi Ahmad keluar bengkel… kembali beraksi di jalanan

Raffi gembira kereta bernilai jutaan ringgit itu selesai dibaiki.

KERETA mewah jenama Lamborghini Aventador milik pelakon Raffi Ahmad yang terbakar di Sentul, Bogor, Jawa Barat pada tahun 2019 lalu kini sudah siap sedia untuk kembali beraksi.

Menurut laporan Tabloid, Raffi berkongsi foto terkini kereta berharga RM5.6 juta yang sudah siap dibaiki di sebuah bengkel.

Kenderaan mewah yang dimodifikasi menyerupai kereta watak adiwira Batman itu bakal dibawa pulang ke rumah dalam masa terdekat.

ARTIKEL BERKAITAN: Kereta Lamborghini ala ‘Batman’ Raffi Ahmad terbakar!

“Si Banteng. Dia akan kembali ke kandangnya tak lama lagi,” tulis Raffi pada ruangan kapsyen.

Suami kepada pelakon Nagita Slavina ini bagaimanapun tidak menyatakan bila kereta itu akan dibawa pulang.

Raffi kereta

Kereta mewah Raffi ini terbakar tiba-tiba semasa dipandu oleh pemandu pada tahun 2019.

Perkongsian Raffi itu mengundang pelbagai komen pengikut dan rata-rata turut gembira apabila mengetahui kereta itu masih dapat diselamatkan selepas dua tahun insiden kemalangan.

Pada 19 Oktober 2019, kereta mewah itu dilaporkan terbakar dengan tiba-tiba selepas mengeluarkan percikan api.

Insiden itu menyebabkan sebahagian besar kenderaan terbakar dan mengalami kerosakan teruk.

Semasa kemalangan itu, kereta berkenaan dipandu oleh pemandunya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain