suria

Kereta Lamborghini ala ‘Batman’ Raffi Ahmad terbakar!

Kereta mewah milik Raffi Ahmad terbakar. Foto: Liputan6

KERETA mewah milik pelakon popular Indonesia Raffi Ahmad dilaporkan terbakar di Sentul Selatan, Bogor, Jawa Barat pada petang Sabtu.

Menerusi laporan Liputan6, kereta jenis Lamborghini Aventador itu berada dalam keadaan baik sebelum mengeluarkan percikan api dan terbakar dengan tiba-tiba.

Dalam pada itu, aktor Irwansyah mengesahkan kenderaan bernilai jutaan ringgit yang telah dimodifikasi menyerupai kereta watak adiwira Batman itu merupakan milik Raffi Ahmad.

Menurut Irwansyah, dia terkejut apabila mendapat tahu mengenai berita tersebut dan segera menghubungi sahabat baiknya itu.

"Tak tahu kenapa tiba-tiba ia terbakar, dia (Raffi) kata awalnya tak ada apa berlaku, semuanya baik sahaja, tapi entah macam mana terbakar.

Foto dirakam orang awam semasa berada ditempat kejadian.

"Kereta itu dalam keadaan baik, Raffi juga baik-baik saja," katanya.

Sementara itu, Polis Wilayah Bogor, Fadli Amri melaporkan tiada sebarang kecederaan atau kehilangan nyawa berlaku disebabkan insiden tersebut.

Ditanya adakah kenderaan itu milik aktor popular tersebut, Fadli berkata dia masih belum dapat mengesahkan mengenai perkara itu.

"Kereta lamborghini warna hitam, yang diubah menyerupai kereta Batman," ujarnya merujuk kereta yang sama dimiliki Raffi.

Bagaimanapun, sehingga kini masih belum dapat dipastikan siapakah yang memandu kenderaan tersebut ketika kejadian.

SUMBER: Liputan6

Raffi Ahmad, Lamborghini

Artikel Lain