suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Park Soo Young terlepas hukuman penjara gara-gara memandu mabuk, hanya perlu bayar denda RM53,000

Park Soo Young hadir di mahkamah pada Khamis.

PELAKON dan penyanyi Park Soo Young atau Lizzy menerima hukuman denda RM53,000 atas kesalahan memandu dalam keadaan mabuk sehingga berlakunya kemalangan.

Memetik laporan Soompi, Park Soo Young melakukan kesalahan tersebut pada 18 Mei lalu.

Dalam perbicaraan pertama kes di Mahkamah Tinggi Seoul pada Khamis, pihak pendakwa memohon agar Park Soo Young dikenakan hukuman penjara satu tahun.

Bagaimanapun mahkamah hanya menjatuhkan hukuman membayar denda memandangkan ia merupakan kesalahan pertamanya.

Dalam kejadian tersebut, kenderaan yang dipandu Park Soo Young melanggar sebuah teksi di kawasan kejiranan Cheongdam, jalan Gangnam, Seoul.

Insiden yang berlaku itu menyebabkan pemandu teksi mengalami kecederaan dan memerlukan rawatan selama dua minggu.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain