SETIAP individu pasti mempunyai angka tersendiri apabila diminta menyatakan sasaran gaji atau expected salary sebelum hadir ke sesi temu duga.
Bagi seorang wanita, dia melalui pengalaman luar biasa ketika menghadiri proses temuduga dengan sebuah syarikat apabila menyentuh topik berkaitan gaji.
Katanya, sesi bermula seperti biasa sebelum panel penemu duga melihat angka gaji yang diminta serta bertanya mengapa dia memerlukan jumlah tersebut.
"Saya jawablah komitmen banyak. Dia siap suruh senaraikan semua komitmen. Kemudian dia balas... tak sampai pun banyak ni (permintaan gaji).

Setiap calon perlu bersedia dengan sebarang soalan ketika sesi temuduga. -Gambar hiasan AI
"Nasib tengah temuduga jadi kena jaga adab. Masa tu rasa nak jawab... puan, kalau tak setuju dengan expected salary saya, jangan panggil interview.
"Itulah gunanya check resume baru telefon saya. Tak capai bajet, jangan buang masa. Saya bayar parking, minyak dan tol datang sini!," ujarnya mengimbas semula apa yang berlaku.
Selepas sesi temuduga selesai, wanita ini terus meninggalkan syarikat tersebut tanpa meletakkan sebarang harapan untuk diterima bekerja.
Wanita itu juga hairan mengapa ada penemu duga merasakan soalan sebegitu perlu, sedangkan tujuan gaji dicadangkan adalah untuk memudahkan pihak syarikat menilai kesesuaian calon.
ARTIKEL BERKAITAN: Ibu ganti anak masuk 'interview' kerja, penemu duga tak sangka boleh berkenan! - “Rasa macam nak ambil mak dia”
ARTIKEL BERKAITAN: Ini rahsia ‘nego’ gaji ketika temuduga, calon mungkin rugi jika buat kesilapan nombor 2
"Saya sudah memperkenalkan diri pada permulaan sesi dan dia begitu kagum dengan apa yang saya boleh buat. Tiba-tiba perbualan kami bertukar menjadi lebih peribadi termasuk tentang jenis kereta yang saya pandu.
"Tak faham kenapa hiring managers sekarang rasa soalan macam ni buatkan mereka nampak cerdik? Permintaan saya tak capai bajet maksimum mereka pun.
"Cuma saya rasa mereka nak nampak cerdik. Kalau dia nak saya buat sampai gajah terbang, saya boleh buat sampai bumbung pejabat terbang," katanya.
- Wanita dipersoal penemu duga mengenai jumlah expected salary.
- Panel minta senaraikan komitmen sebelum mengatakan jumlah gaji diminta tidak setimpal.
- Sesi temuduga bertukar personal walaupun awalnya berjalan baik.
- Wanita tidak mengharap keputusan selepas pengalaman tersebut.
- Netizen anggap ia ‘red flag’ dan ramai kongsi pengalaman sama.
Perkongsian wanita itu mendapat pelbagai respons netizen yang rata-ratanya tidak bersetuju dengan soalan penemuduga.
Ujar mereka pihak syarikat tidak layak untuk mengetahui secara terperinci komitmen bulanan stafnya.
"Gaji yang diberi bukan bermaksud untuk menampung komitmen anda, sebaliknya komitmen anda yang perlu selari dengan gaji tersebut.
"Jika anda sudah lakukan yang terbaik, dan penemuduga masih mahu tahu kenapa anda layak menerima jumlah itu, kekalkan jawapan pada kemahiran, pengetahuan dan apa yang anda boleh sumbangkan kepada syarikat.
"Syarikat tidak perlu tahu secara terperinci tentang aset anda. Cukup kalau mereka tanya ada pengangkutan, jawab ya… ada rumah, jawab ya… tidak perlu sampai tahap jenama atau saiz rumah," demikan kata netizen.


